Sepak takraw semakin popular?
Futsal, bola tampar, bowling, badminton, tenis. Ini antara sukan yang masih rancak dan popular di kalangan warga kota berjiwa kompetitif. Biarpun sudah tamat zaman pengajian dan kini sibuk mengemudi kerjaya, golongan belia masih seronok meluangkan masa spare mereka untuk bersaing sesama rakan-rakan melalui sukan-sukan ini.
Sepak takraw pula bukanlah aktiviti yang sering kita lihat dimainkan di pusat sukan komuniti atau di gelanggang sukan kediaman masing-masing. Namun, berbekalkan niat ikhlas mahu memartabatkan sukan tradisi tanahair ini di kalangan generasi muda, Red Bull Product of Europe (Red Bull) mengemukakan kejohanan Red Bull Libas (Libas), yang tahun ini berlangsung pada 17 dan18 September lalu, di iM4U Sentral, Puchong, Selangor.

Kinrara TF (merah) menundukkan pasukan Ar-Rasah13-8 untuk menjuarai kategori Panglima, Kejohanan Red Bull Libas di iM4U Sentral, Puchong
Dan ini bukanlah kejohanan sepak takraw sembarangan. Format baru diperkenalkan untuk merancakkan lagi pertarungan. Setiap perlawanan berlangsung selama 10 minit sahaja dan pasukan yang merekodkan mata tertinggi dalam had masa itu menjadi juara. Syarat perkiraan mata pula hanya pasukan yang memegang serve boleh memungut mata. Menarik lagi, berbeza daripada tradisi seorang pemain dikhaskan sebagai tekong, Libas mengkehendaki kesemua pemain bergilir-gilir menjadi tekong pasukan masing-masing.
Hasilnya? Pertarungan semakin sengit dan agresif kerana masing-masing mengejar masa!
Tahun ini memasuki edisi kedua kejohanan, Red Bull Libas 2016 berjaya mengumpul 48 pasukan untuk bersaing dalam dua kategori, yakni kategori Pendekar (usia 16-20 tahun) dan Panglima (21-25 tahun). Pasukan Gastep dari Terengganu muncul juara kategori Pendekar manakala pasukan Kinrara TF menjuarari kategori Panglima.

“Kejohanan Red Bull Libas ini memaksa kami keluar daripada zon selesa kami memandangkan kesemua pemain perlu bermain sebagai tekong, berbanding format biasa membahagikan peranan khusus untuk striker, feeder dan server,” ujar Fakrul Razi daripada pasukan Gastep. “Kami amat teruja dengan cabaran ini dan berharap Red Bull akan terus mempromosi aktivit-aktiviti sebegini memandangkan tidak banyak perlawanan sepak takraw dianjurkan untuk tahap selepas tamat sekolah.”
Mungkinkah sepak takraw akan kembali popular di kalangan generasi muda kita?
Untuk info lanjut, layari www.redbull.my/libas
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.










