TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.
Tahun ini menyaksikan deretan filem Malaysia 2025 yang hangat. Mereka bukan sahaja menguasai pawagam, tetapi turut mencipta gelombang baharu dalam industri sinema tempatan. Dari aksi padat adrenalin ke horror mistik yang meremang bulu roma, daripada heist penuh magik hingga drama keluarga yang menyentuh jiwa, setiap karya hadir dengan identiti dan kekuatan tersendiri. Fenomena ini membuktikan bahawa penonton kini semakin dahagakan cerita lokal berkualiti tinggi, manakala pembikin filem pula semakin berani bereksperimen dengan genre, visual dan naratif segar. Tahun 2025, tanpa ragu, menjadi antara tahun paling penting buat perkembangan sinema Malaysia.
1. Blood Brothers
Mengungguli carta sebagai filem paling berpengaruh tahun ini, Blood Brothers: Bara Naga yang ditayangkan pada 10 April 2025. Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson dan ramai lagi. Dari segi komersial, Blood Brothers mencatat kutipan luar biasa, bermula dengan RM29.9 juta hanya dalam seminggu tayangan. Mereka terus meningkat sehingga RM62 juta selepas 20 hari. Selain itu, filem ini turut mendapat pengiktirafan sebagai calon utama untuk pelbagai kategori di Festival Filem Malaysia ke-34. Mereka juga termasuk dalam kategori Best Film, Best Actor, Best Supporting Actor dan Best Stunt Action. Kejayaannya membuktikan bahawa mutu produksi aksi tempatan kini berada pada tahap lebih tinggi.

2. Soloz: Game of Life
Filem biopik yang menggambarkan perjalanan hidup Soloz ini menjadi fenomena. Soloz: Game of Life, mula ditayangkan pada 23 Januari 2025. Dibintangi oleh Hun Haqeem, Ikmal Amry, Syafie Naswip dan Noki K‑Clique. Filem ini memperkenalkan genre e-sukan di Malaysia secara besar-besaran. Soloz mendapat pujian kerana konsepnya yang berani, sinematografi dan animasi yang mengagumkan serta mesej inspiratif yang tersirat. Filem ini turut tersenarai dalam kategori Best Film di FFM34, menjadikannya antara filem tempatan paling mantap dari segi kualiti produksi dan mesej motivasi.

3. Magik Rompak
Naskhah fantasi-rompak ini menghadirkan sesuatu yang jarang dilihat dalam filem tempatan. Gabungan magik, aksi dan humor. Ditayangkan pada 11 September 2025, Magik Rompak menampilkan Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad dan Amelia Henderson. Filem ini menggabungkan elemen aksi, misteri dan magik dalam genre heist. Tayangan awalnya mendapat sambutan hangat dengan kutipan RM1 juta sebelum tayangan rasmi bermula. Gabungan aksi dan komedi dalam Magik Rompak berjaya menarik perhatian penonton dari pelbagai latar demografi.

4. Malam Terlarang
Sebuah filem seram psikologi yang memaksa penonton berfikir. Malam Terlarang, sebuah horror mistik yang ditayangkan pada 30 Oktober 2025 oleh Astro Shaw. Filem arahan Nurhanisham Muhammad ini menampilkan Shasha Abedul sebagai Mawar dan Zul Ariffin sebagai Omar. Malam Terlarang menonjol kerana gabungan unsur folklor Nusantara, misteri keluarga, dan dilema moral yang lebih mendalam berbanding filem seram biasa. Dalam dua minggu pertama tayangan, filem ini berjaya mengutip kira-kira RM7 juta dan terus kekal di carta Top 10 pawagam, sekaligus menjadikannya filem seram tempatan paling laris tahun ini.

5. Abah Saya Uncle Mike
Menutup senarai Top 5 ialah Abah Saya, Uncle Mike, yang ditayangkan pada 28 Ogos 2025. Filem ini mengisahkan seorang lelaki Cina yang membesarkan tiga anak angkat Melayu, menekankan mesej perpaduan kaum dan kasih sayang tanpa sempadan. Dibintangi oleh Andy Teh, Idan Aedan dan Merah Muhaimin, Abah Saya, Uncle Mike mencuri perhatian penonton kerana kisahnya yang menyentuh jiwa serta relevan secara sosial dan budaya. Ia menjadi alternatif penting kepada filem aksi dan komedi yang mendominasi pawagam tempatan.

Pautan: TONTON FILEM-FILEM INI DI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2025
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG LAHIR PADA BULAN JANUARI
Bulan Januari dipenuhi dengan senarai selebriti-selebriti lelaki Asia yang dilahirkan sebagai pembuka tahun baru.
SELAMAT HARI JADI YANG KE-28 HUN HAQEEM! KETAHUI LIMA PERKARA MENGENAI HUN HAQEEM & GLAM LELAKI LOVES HUN!
Sempena hari jadi Hun Haqeem pada 7 Januari hari ini, ketahui lima perkara menarik mengenai Hun Haqeem, termasuk latar belakang dirinya.
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.
5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026
Menjelang 2026, lima bakat baharu ini dijangka mencipta impak lebih besar melalui lakonan, muzik dan personaliti mereka.











