Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal
Sering kali kita dengar dalam pengasuhan tradisional dalam budaya tempatan ayat seperti “lelaki tak patut mengais”, “biasalah… laki suka gaduh” atau apa sahaja yang berkaitan, gambaran imej seorang lelaki yang bersifat agresif, dominan, tanpa emosi, dan sebagainya menjadi norma. Menunjukan jiwa yang sensitif dianggap lemah dan menjadi satu stigma dalam masyarakat.
Maka, cara lelaki mengekspresikan kemurungan adalah secara zahir iaitu melalui kemarahan dan bukannya melalui kesedihan dan tangisan. Selain itu, peningkatan penggunaan seperti rokok dan alkohol, mengurangkan hubungan sosial dan tidak berhubung bersama pakar atau kenalan rapat untuk bantuan sokongan emosi. Wajar disebut “silent killer” kerana ia secara tidak langsung memberi kesan terhadap kesihatan mental seorang lelaki secara diam-diam.
Adakah normal bagi anda untuk seorang lelaki dalam menggunakan alkohol jauh lebih banyak daripada wanita, bentuk badan yang berotot menjadi idola dan berfoya-foya bersama wanita serta seks tanpa perlindungan dengan pelbagai pasangan adalah permainan angka? Adakah menegakkan ideologi seperti ini dengan menggap satu kebiasaan bagi anda? Kadar penyakit kardiovaskular yang lebih tinggi, termasuk serangan jantung dan strok dengan sejumlah penyakit kelamin adalah bayarannya! Menurut GQ, kes bunuh diri menjadi penyebab utama kematian pada lelaki di bawah usia 45 tahun iaitu tiga kali ganda lebih tinggi dari wanita.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?











