VOLVO MENTAKRIF SEMULA “SELAMAT” DARIPADA UCAPAN RAYA
Volvo mengetengahkan ‘selamat’ daripada ucapan Hari Raya kepada gerakan menyelamatkan nyawa dengan kempen mereka, Selamat.
Semasa Hari Raya, satu perkataan bergema di seluruh Malaysia lebih daripada yang lain: Selamat. Ia adalah perkataan yang terjalin dalam fabrik budaya kita. Ditukar antara keluarga, disiarkan oleh jenama, dan dikongsi di jutaan skrin. Namun ketika negara menyambut fenomena besar Balik Kampung, Volvo Car Malaysia mengajukan satu persoalan penting: adakah kita sudah terlalu biasa dengan perkataan ini sehingga terlupa akan berat maknanya?
Makna Tersirat di Sebalik Sebuah Perkataan
Di sebalik peranannya sebagai ucapan perayaan, Selamat membawa makna dua lapis yang mendalam. Untuk berada dalam keadaan selamat dan dilindungi. Makna ini menjadi sangat kritikal ketika musim Raya. Ia merupakan satu tempoh yang dikenali sebagai antara waktu paling berisiko tinggi di lebuh raya Malaysia.
Data keselamatan jalan raya tahun 2024 menjadi peringatan yang menyayat hati, dengan 4,428 kematian direkodkan di seluruh negara. Lebih membimbangkan, kemalangan jalan raya kekal sebagai punca utama kematian bagi rakyat Malaysia berumur 15 hingga 40 tahun. Di sebalik angka yang memilukan ini, ucapan “Selamat” yang kita lontarkan seharian perlu ditukar menjadi satu tindakan perlindungan yang nyata.

Mengubah Perbualan Budaya
Inisiatif Volvo Car Malaysia tahun ini disusun khas sempena musim Hari Raya, dengan fokus kepada ruang digital tempat rakyat Malaysia berhubung. Apabila anak bulan semakin hampir, ‘Selamat Hari Raya’ bukan sekadar ucapan. Ia menjadi nadi kolektif ucapan yang menguasai perbualan dalam talian. Pada musim ini, jutaan rakyat Malaysia menggunakan platform digital untuk merapatkan jarak, berkongsi doa dan kegembiraan perayaan dalam jumlah yang luar biasa.
Menyedari peluang ini, Volvo Car Malaysia melihat ruang strategik untuk mengalihkan tenaga budaya tersebut. Dengan berinteraksi secara langsung bersama ucapan Raya di halaman media sosial berkaitan automotif dan jalan raya, Volvo Car Malaysia mengubah tradisi pasif menjadi peringatan keselamatan yang aktif, mengembalikan makna sebenar perkataan Selamat. Tiada tempat yang lebih memerlukan doa keselamatan ini selain di tempat duduk belakang kenderaan.
Menangani Tabiat yang Sering Terlepas Pandang
Salah satu isu keselamatan paling kritikal namun sering diabaikan di Malaysia ialah penggunaan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang. Menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), penggunaan tali pinggang keledar belakang di Malaysia amat rendah. Ianya hanya sekitar 11%, walaupun ia telah diwajibkan sejak tahun 2009. Kecuaian ini meningkatkan risiko kepada keluarga sekiranya berlaku kemalangan, dan boleh menukar suasana perayaan menjadi tragedi dalam sekelip mata.
Kempen Volvo Car Malaysia bertindak sebagai intervensi langsung terhadap tabiat ini. Dengan jutaan rakyat dijangka berada di lebuh raya, mesej ini mengajak rakyat Malaysia untuk berhenti sejenak sebelum memulakan perjalanan. Selain itu, memastikan setiap penumpang, termasuk di tempat duduk belakang, memakai tali pinggang keledar dengan betul. Tali pinggang keselamatan tiga titik. Ia merupakan inovasi yang diperkenalkan Volvo kepada dunia pada tahun 1959, hanya berfungsi jika ia digunakan.
Standard Selamat Volvo
Melangkaui tindakan memakai tali pinggang keledar belakang, Volvo Car Malaysia mengajak anda memastikan perjalanan balik kampung benar-benar selamat dengan melihat lebih jauh daripada sekadar destinasi. Keselamatan sebenar terletak pada pilihan kecil tetapi bermakna yang anda lakukan untuk mereka yang berada di sisi dan di belakang anda. Kerana hadiah paling berharga yang boleh anda bawa pulang adalah insan-insan yang bersama anda.
Pautan berkaitan: VOLVO EC40 VARIAN “SINGLE MOTOR” DENGAN HARGA LEBIH BERPATUTAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VOLVO PADEL OPEN 2025: SUKAN PREMIUM, KOMUNITI AKTIF & GAYA TAK TERTANDING
Volvo Padel Open 2025 tampil lebih besar dengan format baharu, kelas percuma & pengalaman eksklusif buat peminat padel. Daftar dari 3 Jun!
VOLVO BAKAL LUNCUR ES90 SERBA BARU
Elektrik sepenuhnya dan berada dalam kelas tersendiri. Volvo, automotif mewah generasi baharu ini direka untuk kehidupan yang seimbang.
ELEKTRIFIKASI VOLVO XC60 YANG LEBIH PINTAR
Volvo Car Malaysia memperkenalkan XC60 baharu yang kini lebih pintar menuju masa hadapan dalam elektrifikasi ‘infotainment’ dengan intergrasi teknologi perkhidmatan Google terkini.
Recharge Bersama Volvo XC40 Recharge T5
Dalam mengukuhkan visi dalam aspek kelestarian, Volvo Car Malaysia memperkenalkan XC40 Recharge T5 R-Design yang menjadikan satu-satunya jenama automotif di Malaysia dengan rangkaian kenderaan elektrik hibrid plug-in penuh.









