5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Jika anda peminat jam tangan mewah, tahun 2025 adalah tahun terbaik untuk melihat semula koleksi OMEGA yang terus mendominasi dunia horologi. Dari filem aksi James Bond sehinggalah ke angkasa lepas. Lima model ini membuktikan mengapa OMEGA kekal sebagai pilihan utama, menggabungkan warisan, teknologi dan rekaan yang memukau. Artikel ini menampilkan jam tangan paling ‘power’ dari OMEGA termasuk edisi khas Speedmaster, model ikonik Seamaster Diver, dan warisan klasik CK 2998.
OMEGA “NO TIME TO DIE”
Dalam filem ke-9 James Bond bersama OMEGA, tumpuan bukan sahaja pada aksi mendebarkan, tetapi juga pada jam tangan ikonik yang dipakai watak-watak utama. James Bond (Daniel Craig) tampil bergaya dengan Seamaster Diver 300M 007 Edition yang ringan, tahan lasak dan sarat dengan teknologi canggih. Agen Nomi (Lashana Lynch) pula menggayakan Seamaster Aqua Terra 38mm berwajah hitam dengan tali NATO hitam yang serba moden, manakala Moneypenny (Naomie Harris) melengkapkan gaya sofistikatednya dengan De Ville Prestige 27.4mm bertali kulit hijau gelap. Tiga rekaan berbeza, satu jenama lagenda.
OMEGA CK 2998: Warisan Speedmaster Ikonik
Diperkenalkan pada tahun 1959, OMEGA CK 2998 ialah jam tangan kronograf klasik dengan rekaan keluli tahan karat dan gelang vintaj. Dikuasakan oleh enjin mekanikal manual winding Caliber 321, ia tampil dengan bezel takimeter dan tahan air hingga 50 meter. Simbol gaya dan prestasi, jam ini kekal sebagai antara model Speedmaster paling diidamkan oleh penggemar jam mewah.
OMEGA Speedmaster Moonwatch
Speedmaster Moonwatch kekal sebagai simbol agung dalam dunia horologi. Diinspirasikan daripada reka bentuk asalnya, versi terkini hadir dengan ketepatan Master Chronometer dan reka bentuk generasi ke-4. Persis jam tangan yang dipakai angkasawan NASA semasa misi Apollo 11. Dengan sarung 42mm tidak simetri dalam keluli tahan karat, Moonwatch terus mewakili ketahanan, warisan dan keunggulan gaya yang menawan hingga ke bulan.
OMEGA Seamaster Diver 300M Polar
Sejak 1993, Seamaster Diver 300M terus mengekalkan statusnya sebagai jam selam ikonik. Edisi Polar terkini bersaiz 42mm diperbuat daripada keluli tahan karat, lengkap dengan bezel berputar sehala aluminium anod hitam dan skala selam Super-LumiNova putih. Dial hitam dihiasi corak ombak yang diukir laser, disertakan jarum skeleton dan indeks bersadur rodium. Dikuasakan oleh kaliber Co-Axial Master Chronometer 8806 yang boleh dilihat melalui caseback lutsinar. Jam ini hadir dengan ciri anti-magnetik, injap helium, skru mahkota, dan pensijilan Master Chronometer. Gabungan fungsi dan gaya, jam ini disempurnakan dengan gelang mesh yang lasak dan elegan.
OMEGA Speedmaster “Silver Snoopy Award”
Sempena ulang tahun ke-50 anugerah berprestij NASA, OMEGA mempersembahkan edisi khas Speedmaster “Silver Snoopy Award”. Dianugerahkan khas kepada OMEGA pada tahun 1970 atas sumbangan luar biasa terhadap misi angkasa dan peranan penting dalam menyelamatkan Apollo 13. Meraikan legasi jam tangan tersebut dalam gaya ikonik. Dihadirkan dalam saiz 42mm dengan case keluli tahan karat yang diinspirasi oleh rekaan generasi ke-4 Speedmaster. Jam tangan pertama yang dipakai di bulan. Model ini menyatukan sejarah, inovasi dan penghormatan dalam satu karya jam tangan yang istimewa.
Artikel Berkaitan: ULTRA UPGRADED OMEGA SPEEDMASTER MOONPHASE METEORITE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ENAM PEREKA FESYEN SOLO LELAKI YANG BAKAL BERAKSI DI KLFW 2025
Ketahui tujuh pereka fesyen solo lelaki yang bakal mementaskan koleksi terbaharu mereka di KLFW 2025 yang akan datang.
NAK SEAT TENGAH! INI FILEM PALING ‘HOT’ BULAN OGOS!
Deretan filem yang bakal memecahkan panggung bulan ogos ini. Ini senarai filem-filem terbaik yang tidak patut anda lepaskan bulan ini.
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN
Koleksi musim bunga/panas 2026 Bernard Chandran, BC Beach Culture memberi gabungan kreatif di KL Men's Fashion Week tahun ini.
ISAAC VOO, HAN JISUNG DAN 5 LAGI BINTANG KOREA INI BERKAIT DENGAN MALAYSIA!
Di sebalik dunia hiburan Korea Selatan yang penuh glamor, terdapat beberapa selebriti popular yang mempunyai kaitan rapat dengan Malaysia.
RADO X TEJ CHAUHAN: JAM TANGAN SCI-FI PALING BERANI.
RADO X Tej Chauhan untuk hasilkan jam tangan DiaStar Original edisi khas yang funky, futuristik dan penuh gaya.