Alam Nuansa Hijau
Tafsiran semula jam tangan penyelam tahun 1960-an, Longines Legend Diver menempati segmen Warisan rumah arlojinya. Simbolik kepada Longines yang kaya dengan legasi, barisan arloji ini kian berkembang. Lantas, hari ini hadir berwajah baru memeluk alam nuansa hijau. Eksklusif buat Longines Legend Diver Watch Bronze, model berukuran 42 mm ini dilengkapi tali kedua dalam nilon NATO hijau juga tampil dengan alat untuk menukar talinya dengan senang.

Case jam dan gancu model ini diperbuat daripada gangsa, yang bakal berubah warna dari masa ke masa. Secara tidak langsung, menjadikan setiap kepingannya unik. Jam tangan Longines Legend Diver ini memenuhi jaminan Longines selama lima tahun. Di balik bahagian belakangnya, terlihat ukiran penyelam legenda retro lalu melindungi kaliber Longines L888, yang menawarkan rizab kuasa selama 64 jam.
Pautan berkaitan: SENSASI EKSPLORASI RUANG ANGKASA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
LVMH Watch Week 2026 memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer.
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.
5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN
Korea Selatan turut menguasai dunia jam tangan sebagai duta jenama dan menjadi bukti impak mereka kepada dunia.
MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025
Tahun 2025 mengubah landskap horologi global dengan momen jam tangan selebriti, Rolex, TAG Heuer dan Formula 1.
TIMEPIECES OF SUCCESS: KOLEKSI JAM TANGAN JOHAN GHAZALI
Intip koleksi jam tangan mewah Johan Ghazali. Hublot Classic Fusion dan Rolex ikonik, lengkap dengan harga dan keistimewaan setiap model.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.











