Alam Nuansa Hijau
Hublot memperbaharui komitmennya untuk pemeliharaan badak di Afrika yang semakin pupus dengan menyokong inisiatif bagi melindungi biodiversitinya. Model terdahulu hadir dengan case seramik warna beige yang membayangi belukar dan semak samun di bumi Afrika Selatan pada musim sejuk. Kini Big Bang Unico SORAI dilengkapi dengan pergerakan pembuatan UNICO dan diilhamkan oleh kedamaian alam semula jadi semak samun hutan Savana pada musim panas.

Perpaduan harmoni antara dua nada hijau yang berbeza; menerusi case seramik hijau yang dipadankan dengan tali getah kamoflaj atau tali velcro menyempurnakan wajah barunya. Ukiran LIMITED EDITION, N° XXX/100 serta logo SORAI terlihat di bahagian belakang kaca kristal nilam. Hadir terhad sebanyak 100 utas di seluruh dunia.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF
Audemars Piguet memperkenalkan 'The Watch Keepers', perkhidmatan baharu bagi jam tangan Audemars Piguet terpakai yang disahkan.
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI
Sifat semulajadi sukan luncur ski mencerminkan DNA BR-05 Chrono Snow Rocket dengan ketepatan, kebolehbacaan, prestasi, dan penguasaan masa.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.











