ASLI LAGI SUBSTANSI BAK NAMANYA, CHRONOMASTER ORIGINAL
Pengganti buat A386 yang ditunggu akhirnya tiba. Zenith memperkenalkan Chronomaster Original – interpretasi abad ke-21 El Primero yang paling ikonik.
Lapangan horologi dunia telah memperlihatkan karya demi karya yang diolah begitu ikonik lantas berpengaruh seperti A386 kreasi Zenith. Asli bak nama serta substansinya, Zenith A386 membuat penampilan sulungnya pada tahun 1969. Sekali gus, menjadi arloji konstruksi keluli pertama yang dilengkapi dengan kaliber revolusioner; El Primero.

Di mana, ia merupakan pergerakan kronograf automatik bersepadu frekuensi tinggi pertama di dunia. Setelah 50 tahun berlalu, El Primero kekal sebagai penanda aras dalam mengukur ketepatan masa dengan ketangkasan pergerakan kronograf automatiknya. Evolusi teknikal dan prestasi yang berterusan, kini tampil memperkenalkan versi serta iterasi terbarunya.

Saban tahun Zenith menjunjung penghormatannya buat rujukan sejarah rumah arlojinya. Termasuk versi emas A386 dalam koleksi Chronomaster Revival yang tampil khusus buat ulang tahun ke-50 El Primero. Penampilan edisi ciptaan semula berbahankan keluli sudah menjadi sebahagian daripada koleksi Zenith. Langsung kedatangannya dinanti-nantikan para pengumpul serta pemuja fitur Kronograf yang ikonik ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.











