AURA KEMILAU EMAS
JAM TANGAN LAKSANA EMAS KUNING TETAP MENJADI BUTIR PREFERENSI SUATU GAYA KLASIK. EKSPRESI BERANI NAN MEWAH YANG MEWAKILI TRADISI KETUKANGAN PEMBUATAN JAM INI SUDAH DILIHAT MELINGKARI TANGAN PARA JEJAKA BERDEKAD LAMANYA.
OMEGA

Jam De Ville Trésor Omega Co Axial Master Chronometer, citra Omega berharga RM59,750.
Diolah dengan case yang elegan dan tipis, siri Trésor diperlihatkan julung kalinya oleh Omega tahun 1949 dengan kaliber 30 mm yang legenda buatan Omega. Jam berdiameter 40mm ini digarap dari emas kuning 18K dan disempurnakan dengan tali kulit rona coklat. Laman dail enamel berkubah rona polos ivory diolah dengan teknik Grand Feu lantas perincian indeks masa juga digarap dari emas kuning 18K. Nadi jam De Ville Trésor dikuasakan oleh OMEGA Co-Axial Master Chronometer Caliber 8929 yang berketepatan serta berprestasi kronometrik tertinggi. Jam juga kalis rintangan magnetik diluluskan oleh METAS, anti medan magnet mencapai 15,000 gauss.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
CASIO LANCAR JAM TANGAN CINCIN PENUH UNIK
Casio Computer Co., Ltd. telah melancarkan Casio Ring Watch CRW-001, jam tangan gaya cincin pertama syarikat ini.
TUDOR LANCAR SIRI BLACK BAY CHRONO ‘FLAMINGO BLUE’
Bintang Dunia, David Beckham telah dilihat di laman rasmi Instagram Tudor mengayakan koleksi terbaru sehari sebelumnya dan disusuli Jay Chou.
ULTRA UPGRADED OMEGA SPEEDMASTER MOONPHASE METEORITE
Omega melancarkan Speedmaster Moonphase Meteorite dengan paparan fasa bulan dua hemisfera dengan dimensi, dail meteorit, dan pergerakan manual baharu. Versi terbaru Speedmaster Moonphase kini dilengkapi dengan paparan untuk Hemisfera Utara dan Selatan, serta dua jenis meteorit pada dailnya. Speedmaster Moonphase Meteorite, memperkenalkan beberapa perubahan. Ia menggunakan pergerakan manual kaliber 9914, berdasarkan kaliber 9908/9. Ini adalah…