BELL & ROSS membuat kejutan dengan cahaya luar biasa BR 03-92 Full Lum
Petang ini, Bell & Ross mengejutkan warga dunia horologi apabila mengumumkan pelancaran instrumen masa terkini mereka, yakni Bell & Ross BR 03-92 Full Lum.
Dilancarkan di semua butik Bell & Ross serantau dunia, reka bentuk model BR 03-92 Full Lum akur pada identiti jenama, dengan garisan moden yang menegaskan ciri-ciri esensial Bell & Ross, yakni paparan indeks minit dan grafik angka yang amat jelas pada dail. Namun, kekuatan instrumen masa ini terletak pada revolusi ciri pencahayaan terang dalam suasana gelap (glow in the dark), yang tiada tandingan.
CAHAYA LUAR BIASA
Keunikan jam tangan ini menyerlah pada waktu malam atau dalam keadaan gelap. Mana tidaknya, kala itulah BR 03-92 Full Lum menyala ibarat terkena satu letupan pencahayaan! Cahaya hijaunya pekat, dan kekal lama dalam keadaan gelap. Hasil daripada kemasan dail dan tali getah yang diperkasakan pigmen pendarkilau Super-Luminova C3 untuk pencahayaan luar biasa. Malah, Super-Luminova C3 adalah variannya yang paling inovatif, paling resistan, dan paling intense.
Model ini menjadikan Bell & Ross satu perintis dalam cabang horologi. Khususnya menyentuh ciri gelang getah pendarkilau. Yang dicapai dengan menerapkan satu pigmen khas ke dalam material getah kala proses pembikinannya yang rumit.
PEMASARAN UNIK
BR 03-92 Full Lum adalah instrumen masa Edisi Terhad kepada 250 utas seluruh dunia. Mempraktikkan satu teknik pemasaran yang unik, model BR 03-92 Full Lum ini dijual dalam bentuk ballot, atau undian sahaja. Di mana, para pelanggan yang berminat untuk membelinya perlu mendaftarkan nama mereka di salah satu butik Bell & Ross bertempat di Pavilion Kuala Lumpur, The Gardens Kuala Lumpur atau Gurney Plaza Pulau Pinang. Bermula kini hingga 22 November 2019, pukul 5.59 petang.
Cabutan undi pula akan dibuat pada 6.00 petang, 22 November 2019. Lanjutan itu, setiap pelanggan bertuah yang dipilih akan dihubungi terus untuk melengkapkan pembelian mereka pada hari Sabtu, 23 November 2019 di antara jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari di mana-mana butik Bell & Ross di Malaysia.
Bell & Ross BR 03-92 Full Lum dijual pada harga RM17,000.
Info model Bell & Ross BR 03-92 Full Lum
Pergerakan:
Kaliber mekanikal automatik BR-CAL.302
Fungsi:
Jam, minit, saat & tarikh
Case:
42 mm, seramik hitam matt
Dail:
Hijau pendarkilau dicat dalam Super-Luminova, dengan jarum, indeks dan angka hitam.
Kristal:
Nilam dengan salutan anti-pantulan
Kalis air:
100 meter
Tali:
Getah hijau pendarkilau dan fabrik sintetik hitam ultra-lasak
Gancu:
Gancu pin dalam PVD hitam
Harga:
RM17,000
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Duta jenama G-SHOCK, ITZY kini kembali dengan kolaborasi kedua sempena pelancaran GMD-S5610IT yang ditambah baik.
KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI
Jam tangan Omega untuk lelaki menawarkan gabungan sempurna antara inovasi teknologi dan elemen elegan yang menonjolkan gaya si pemakai.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI
Bekas pelumba Formula One (F1), Michael Schumacher mempunyai koleksi trofi terbaik dalam sukan litar. Koleksi horologinya juga tidak kurang hebatnya.
TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU
Jenama horologi Switzerland, Franck Muller memperkenalkan jam tangan Franck Muller Long Island Evolution dengan tiga model yang eksklusif di rantau Asia Pasifik.