Skip to content

BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM

BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM

Kongsikan artikel ini

Evolusi baharu dalam dunia horologi, BR-X3 Night Vision menggabungkan reka bentuk avant-garde dengan ketepatan teknikal bertaraf profesional.

Dalam meneruskan legasi inovasi dan ketepatan, Bell & Ross mempersembahkan bab kedua dalam saga BR-X3. BR-X3 Night Vision, jam tangan berteknologi tinggi yang membawa ikon BR-03 ke dimensi kontemporari yang lebih futuristik. Terinspirasi daripada instrumen penerbangan, jam tangan ini mengadaptasi kecekapan visual paparan kepala malam (head-up display). Teknologi yang sama digunakan dalam pesawat paling sofistikated. Hasilnya, tercipta satu instrumen masa dengan ciri fotoluminesen yang luar biasa. Ia memastikan kebolehbacaan sempurna siang dan malam.

Hadir dengan reka bentuk 41mm yang sofistikated, jam tangan ini menampilkan struktur “sandwich” pelbagai bahan yang menjamin ketahanan maksimum. Dua plat utama diperbuat daripada LUM-CAMO, komposit berteknologi tinggi yang menggabungkan serat karbon dan resin SLN bercahaya. Bahagian tengahnya pula diperbuat daripada titanium bersalut PVD hitam. Ini memberikan kesan moden dan kukuh. Elemen tambahan seperti silinder getah hijau yang juga menyala dalam gelap menambahkan karakter tersendiri pada jam ini.

BR-X3 Night Vision

Warna Hijau Istimewa BR-X3 Night Vision

Warna hijau bukan sekadar pilihan estetik, ia memberi penghormatan kepada sistem paparan aeronautik Head-Up Display (HUD) yang digunakan oleh juruterbang jet pejuang. Ciri ini menjadikan ia bukan sekadar jam tangan, tetapi sebuah instrumen profesional sebenar. Ia menggambarkan falsafah Bell & Ross: menggabungkan fungsi penerbangan dengan reka bentuk kontemporari.

Reka bentuk dailnya menyerlah dengan struktur berbentuk X berlapis-lapis, menonjolkan pergerakan automatik yang dapat dilihat melalui kaca berasap. Kaca nilam dengan ton hijau menyempurnakan keseluruhan reka bentuk. Ini memberikan aura teknikal dan futuristik yang memukau buat jam ini. Bahagian belakang jam turut menampilkan kaca nilam berona hijau yang mendedahkan kaliber BR-CAL.323, ciptaan oleh Kenissi Manufacture untuk Bell & Ross. Lengkap dengan rizab kuasa 70 jam dan pensijilan COSC untuk ketepatan tertinggi.

BR-X3 Night Vision

Setiap perincian, daripada angka hingga jarum, diserlahkan dengan Super-LumiNova hijau, menjadikan paparan waktu bukan sekadar fungsi tetapi juga karya visual berani yang mengingatkan kita kepada kokpit kapal terbang atau pusat kawalan aeroangkasa.Dihasilkan hanya 250 unit di seluruh dunia, BR-X3 Night Vision menyempurnakan trilogi yang terdahulu, Black Titanium. Turut diinspirasikan oleh reka bentuk pesawat siluman, dan Blue Steel, simbol keanggunan dengan ton biru langit yang menyerupai sut angkasa.

Kini, melalui BR-X3 Night Vision, Bell & Ross memperkenalkan bab baharu dalam perjalanan dari bumi ke angkasa, sebuah penghormatan kepada penerbangan malam yang menggabungkan keberanian teknikal dan estetika avant-garde dalam satu rekaan menakjubkan.

Pautan berkaitan: SANTOS DE CARTIER : SIMBOL ELEGAN UNTUK PENGEMBARA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ

Bacaan Lanjut

PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!

5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!

Bacaan Lanjut
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS

7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS

Bacaan Lanjut

JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025

Bacaan Lanjut
KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS

KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS

Bacaan Lanjut