BUTIK RADO KINI DI PULAU PINANG
Rado Malaysia meraikan pembukaan semula butik Rado di Plaza Gurney di Pulau Pinang dengan majlis yang dihadiri barisan selebriti dan bintang media sosial.
Pulau Mutiara menjadi lokasi terbaharu buat butik Rado Malaysia terbaharu. Dalam meraikan pembukaan semula butik Rado di Plaza Gurney, sebuah majlis perasmian telah diadakan yang dihadiri oleh barisan selebriti dan bintang media sosial. Bersama GLAM Lelaki dan media lain, mereka diterbangkan khas ke Pulau Pinang untuk mmemeriahkan acara istimewa yang berlangsung awal tahun ini.
Majlis pembukaan butik terbaharu ini telah dirasmikan oleh Pengurus Jenama Rado Malaysia, Penny Chong; Timbalan Pengurus Besar Gurney Plaza Mall Management, Peter Chan; dan juga Ketua Retail Malaysia Capitaland, Selina Ng. Acara memotong reben telah diadakan dalam memberikan pengalaman yang tersendiri kepada pengunjung apabila melangkah masuk butik yang berwajah baharu ini.
Daler Yusof, Sheena Liam, Tong Bing Yu dan Fazziq Muqris antara selebriti dan bintang media sosial yang hadir memeriahkan acara pembukaan ini. Tidak ketinggalan Andre Amir, Asyraf Aley, Wardina Anuar, Lucas Lau, Esther Zhen, Jane Teo, Melissa Thing, dan Zawir Abd Rahim yang turut diterbangkan khas dari Kuala Lumpur. Mereka menggayakan seleksi jam tangan Rado terbaharu kala menghadiri acara yang disusuli dengan majlis makan malam di G Hotel, Pulau Pinang.
Butik baharu ini membiaskan semangat perintis Rado. Desain diinspirasikan oleh prinsip dan visi jenama yang menampilkan teknologi terkini, penggunaan material terbaharu dan juga seni pertukangan terunggul. Pengunjung akan merasai karakter inovasi yang memberikan pengalaman “Master of Materials” dalam cara stail vanguard Rado.
Foto: Rado Malaysia
Baca lebih lanjut: 5 DESTINASI UNTUK ANDA TEROKAI DI PULAU PINANG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PELAKON BARU FILEM ‘KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL’ ANDA PATUT KENALI
Filem Kahar: Kapla High Council dibintangi oleh pelakon-pelakon yang sangat berbakat dan bakal menjayakan filem ini.
FAZZIQ MUQRIS, KONGSI TIPS & BAGAIMANA UNTUK KEKAL BERSEMANGAT DAN KONSISTEN (PART 1)
Fazziq Muqris terbukti berjaya mengubah diri dengan bentuk badan fit dan ideal. Perubahan tersebut telah membawa dirinya ke fasa baharu. Fazziq berkongsi beberapa tips sihat kepada GLAM Lelaki.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.
25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan #GLAMXGLAMLELAKIFASHIONPARTY2024 bersama Coach Malaysia di KLoe Hotel KL.
TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU
Jenama horologi Switzerland, Franck Muller memperkenalkan jam tangan Franck Muller Long Island Evolution dengan tiga model yang eksklusif di rantau Asia Pasifik.