Skip to content

FOSSIL SPORT, JAM TANGAN PINTAR PERTAMA DI ATAS PLATFORM QUALCOMM SNAPDRAGON WEAR 3100

Kongsikan artikel ini

Semangat dan jiwa FOSSIL nyata unggul dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Selain elemen kejutan yang tidak pernah gagal mempersonakan sang pemakainya, selain menarajui portfolio penghasilan jam tangan sukan ringan, berwarna-warni dan atletik, FOSSIL sekali lagi menganjak keterbatasan biasa dengan melancarkan jam tangan pintar Fossil Sport, jam tangan pintar pertama di atas platform Qualcomm Snapdragon Wear 3100 yang cukup mengagumkan!

Menawarkan beberapa ciri teknologi baru termasuk hayat bateri lanjutan, mod penjimatan bateri baharu, mod ambien dipertingkatkan, kadar jantung bersepadu NFC, dan keupayaan GPS, diselangi reka bentuk yang ultra-ringan, tali pinggang silikon berwarna-warni, serta teknologi terkini, Fossil Sport dibina khas buat anda yang ingin mencapai gaya hidup seimbang terutama sekali buat mereka yang gilakan aktiviti lasak dan mementingkan kesihatan.

KEMPEN ISTIMEWA DIBINTANGI CANDICE HUFFINE

Yang menariknya, jam tangan ini turut ditampilkan dalam kempen baru yang dibintangi model, penggemar sukan maraton, dan usahawan Candice Huffine. Meminjamkan semangatnya, Fossil memilih Huffine kerana beliau adalah inspirasi kepada peminat dengan menyebarkan mesejnya yang positif, inklusif, dan keberdayaan yang tinggi. Dengan misi peribadi untuk kekal dalam memperkasakan wanita agar lebih menghargai diri, Candice telah menggabungkan dua elemen dalam satu, iaitu fesyen dan sukan. Candice adalah pilihan yang sempurna sebagai duta untuk jam tangan pintar ini.

Fossil Sport mewarnai dengan varian enam warna, dua saiz kes (41 dan 43) dengan pilihan tali menawan, menawarkan pengguna dengan teknologi tambahan dalam reka bentuk dengan identiti gaya Fossil. Kes nilon dan aluminium yang baru ini menjadikan jam tangan pintar ini yang paling ringan setakat ini bersama 28 tali silikon baharu. Di samping itu, ia menawarkan kapasiti bateri yang lebih besar (350 mAh), berserta platform Qualcomm Snapdragon Wear 3100 dalam melanjutkan hayat bateri.

PLATFORM SNAPDRAGON WEAR 3100

Hayat bateri adalah antara elemen terpenting dalam penggunaan jam tangan pintar. Dengan adanya platform Snapdragon Wear 3100 yang baru, pengguna memperolehi jangka hayat bateri melebihi satu hari dengan penawaran mod penjimatan. Jadi, jika anda terlupa untuk mengecas atau memilih untuk mencabut wayar di kala hujung minggu, penjimatan bateri ini direka bagi merenggangkan bateri jam tangan ini seterusnya dioptimumkan selain meningkatkan mod ambien bagi menawarkan pengalaman lebih baik buat pengguna.

WEAR OS OLEH GOOGLE REDESIGN

Pengalaman penggunaan jam tangan pintar ini turut dipertingkat dengan Wear OS dari Google Redesign. Dengan satu sapuan, pengguna kini boleh mengakses maklumat mereka dengan lebih pantas, bantuan proaktif dari Google Assistant serta bimbingan kesihatan yang lebih bijak dari Google Fit. Fossil juga telah mencipta tiga muka hadapan jam bagi mengintegrasikan Google Fit ke arah dua matlamat aktiviti baru, iaitu Move Minutes dan Heart Points, yang direka khas oleh Google Fit yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Persatuan Jantung Amerika.

Tidak cukup dengan itu, Fossil Sport turut menawarkan pemprosesan sensor bersepadu, kadar denyutan, sambungan yang dioptimumkan, GPS dan keupayaan NFC. Pengecasan pantas membolehkan bateri dicas penuh dalam masa sejam, memungkinkan penggunaan dalam tempoh seharian. Semua jam tangan dilengkapi dengan aplikasi baru yang dipasang secara automatik, termasuk perkhidmatan pelayaran muzik utama iaitu Spotify dan aplikasi peringatan dan keselamatan, Noonlight.

Dengan jam tangan generasi baru ini, Fossil mempamerkan teknologi yang unik, berwarna-warni serta menanda aras yang baru dalam memberikan keseimbangan kepada gaya hidup anda. Dengan memberikan pengguna 360 fungsi holistik, Fossil Sport mengekalkan semangat, inovatif dan reka bentuk kreatif jam tangan yang diasaskan Fossil lebih dari 30 tahun yang lalu.

Ciri-ciri menarik yang ditawarkan termasuk:

  • Kes nylon, aluminium topring dan penyorong
  • 41 mm, saiz kes 43 mm
  • Paparan digital skrin sentuh yang menakjubkan
  • 24 jam hayat bateri (berdasarkan penggunaan) + 2 hari tambahan dalam mod jam penjimatan bateri
  • Tali dan gelang boleh ditukar ganti (18mm / 22mm)
  • Platform Qualcomm® Snapdragon Wear ™ 3100
  • Sensor: Kadar Jantung, NFC, GPS, Altimeter, Akselerometer, Gyroscope, Ambient Light, Mikrofon
  • Dikuasakan dengan OS Wear oleh Google dengan iOS 9.3+ dan Android ™ 4.4+ (tidak termasuk edisi Go)
  • Sambungan melalui teknologi Bluetooth®
  • Penyambungan tanpa wayar + pengecasan magnetik

 

KOLEKSI FOSSIL SPORT QUALCOMM SNAPDRAGON WEAR 3100

4 of 6

4 of 6

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

Bacaan Lanjut

KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
Luminox Malaysia

KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI

KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI

Bacaan Lanjut