Geneva Watch Days 2021; Lima arloji unggul pilihan GL!
H. Moser & Cie. Streamliner Perpetual Calendar 42.3 mm
H. Moser & Cie. merupakan rumah arloji Independent yang memperjuangan susuk kontruksi jam tangan bernada minimalis nan polos. Lantas, pendekatan ini terus menjadi senjata rumah arlojinya dan perkenalan model terkini Streamliner Perpetual Calendar tidak terkecuali. Digarap berdiameter 42.3 mm, arlojinya tampil menggabungkan signatur komplikasi kalendar Perpetual ciptaan H. Moser & Cie. yang berbalut gaya seutas jam tangan sukan mewah. Tidak seperti rekaan kalendar Perpetual yang tampil dengan pelbagai kaunter bagi mengidentifikasikan fitur kalendar dari hari, bulan, dan tarikh membanjiri segenap laman dail. Streamliner Perpetual Calendar ini tampil relaks dan jauh sekali rumit yang diolah berkemasan Fumé pada laman dailnya.

Jam tangan ini hanya menggunakan anak panah kecil dan 12 indeks untuk mewakili bulan selain berfungsi untuk menunjukkan masa. Selain itu, tarikh dan bulan boleh diputarkan ke depan atau ke belakang pada bila-bila masa, tanpa merosakkan mekanikal pergerakan. Indikasi rizab kuasa selama 168 juga ditampilkan pada laman dail bagi mengimbangi simetri pandangan, di mana setentang dengan crown di posisi jam 4. Model ini dilengkapi dengan kaliber HMC 812 yang dihasilkan sendiri, lalu dibikin dari material keluli tahan karat.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
LVMH Watch Week 2026 memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer.
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.
BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM
Evolusi baharu dalam dunia horologi, BR-X3 Night Vision menggabungkan reka bentuk avant-garde dengan ketepatan teknikal bertaraf profesional.
VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Vacheron Constantin memperkenalkan Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin baharu; gabungan sporty, elegan dan kemewahan.
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.











