Geneva Watch Days 2021; Lima arloji unggul pilihan GL!
Breitling Trio Top Time Chronographs
Trio Breitling Top Time Chronographs merupakan sebahagian dari koleksi kapsul terbaru yang dinamai Classic Car Squad. Setiap jam tangan disuntik tema kereta klasik pada era 60-an; yakni Shelby Cobra awal 60-an, Corvette generasi kedua (sekitar tahun 1963 hingga 1967) dan Ford Mustang generasi pertama (sekitar tahun 1964 hingga 1969). Populariti tiga mobil ini membayangi inspirasi Breitling di dalam mempersembahkan barisan arloji baru, secara tidak langsung, memenuhhi kesinambungan skuad yang diperlihatkan seperti Surf Squad dan Cinema Squad.

Kali ini model Top Time hadir kembali dalam tiga rona dial berbeza. Merah untuk arloji yang terinspirasi Corvette, biru untuk Shelby Cobra, dan hijau buat Mustang. Masing-masing dilengkapi logo kereta tersebut pada laman dialnya. Corvette dan Mustang memiliki ukuran saiz 42 mm dengan kaliber Breitling Calibre 25 yang bersertifikasi kronometer. Ini adalah mesin jam kronograf self winding berkecepatan 1/8 detik yang memiliki rizab kuasa sehingga 42 jam. Sementara, Shelby Cobra dihadirkan dengan ukuran case yang lebih kecil yakni 40mm mengimbangi ukuran mobilnya yang juga kecil. Disempurnakan dengan mesin self winding Breitling Calibre 41 bersertifikasi COSC, dengan kecepatan 1/4 detik serta rizab kuasa yang sama.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BVLGARI MENGHIDUPKAN SEMULA LEGASI EMAS DAN KELULI. MENAMPILKAN WAJAH BERPENGARUH THAILAND.
Sempena koleksi hangat Bvlgari ini, Bvlgari hadirkan imej kempen eksklusif bersama wajah-wajah semasa Thailand, seperti Mile Phakphum, Off Jumpol, Orm Kornnaphat dan Nine.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
KOLABORASI GLAM LELAKI DAN CORTINA WATCH HARGAI SENI PEMBUATAN JAM TANGAN
Kolaborasi antara Cortina Watch dan GLAM Lelaki menjadi bukti bahawa dunia horologi mewah terus berkembang selari dengan gaya hidup moden.
EVOLUSI DIRI ALVN & KETEKUNAN MASANYA
Kerjaya ALVN dibentuk melalui usaha konsisten, disiplin dan keberanian untuk mencuba pelbagai cabang industri hiburan.
LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
LVMH Watch Week 2026 memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer.
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.











