Geneva Watch Days 2021; Lima arloji unggul pilihan GL!
Urwerk UR-100 Electrum 41 mm
Ternyata apa jua yang dikhusukan oleh Urwerk sejak berdiri pada tahun 1997, pastinya menangkap perhatian ramai lalu tidak dapat ditandingi rumah arloji lainnya. Mencetuskan paparan waktu dengan gaya yang teknikal; lalu menciptakan pergerakan mekanikal berbalas arloji yang terbias futuristik lagi esentrik. Sebagai salah satu jenama arloji Independent, Urwerk menerapkan elemen sains dan penerokaan ruang angkasa menerusi setiap kreasi yang lahir spektakular. Termasuk barisan arloji UR-100.

Meninjau model UR-100 yang muncul pertama kali pada tahun 2019, barisan jam tangan ini menampilkan keagungan rotasi bumi dengan penampilan konfigurasi satelit. Dikuasakan oleh kaliber UR12.01 berpunya rizab kuasa 48 jam. Bagi mengolah versi UR-100 Electrum terbaru, tukang arloji duo; Urwerk Martin Frei dan Felix Baumgartner menggunakan jenis aloi baru. Diilhamkan oleh bahan yang digunakan dalam membuat duit syiling kuno Yunani. Nama Electrum pada jam tangan ini merujuk pada perpaduan material berlapis emas, perak, serta logam untuk membuat duit syiling pada zaman dulu. Jam tangan ini hanya dirilis Urwerk sebanyak 25 unit digarap dari campuran emas kuning 2N 18 karat dan paladium.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BVLGARI MENGHIDUPKAN SEMULA LEGASI EMAS DAN KELULI. MENAMPILKAN WAJAH BERPENGARUH THAILAND.
Sempena koleksi hangat Bvlgari ini, Bvlgari hadirkan imej kempen eksklusif bersama wajah-wajah semasa Thailand, seperti Mile Phakphum, Off Jumpol, Orm Kornnaphat dan Nine.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
KOLABORASI GLAM LELAKI DAN CORTINA WATCH HARGAI SENI PEMBUATAN JAM TANGAN
Kolaborasi antara Cortina Watch dan GLAM Lelaki menjadi bukti bahawa dunia horologi mewah terus berkembang selari dengan gaya hidup moden.
EVOLUSI DIRI ALVN & KETEKUNAN MASANYA
Kerjaya ALVN dibentuk melalui usaha konsisten, disiplin dan keberanian untuk mencuba pelbagai cabang industri hiburan.
LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
LVMH Watch Week 2026 memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer.
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.











