CABAR SEMPADAN GAYA DENGAN JAM TANGAN FRANCK MULLER VANGUARD BEACH BAHARU
Franck Muller memperkenalkan koleksi jam tangan Vanguard Beach terbaharu yang hadir dalam tiga pilihan warna yang bold, lebih berani dan penuh energi untuk lelaki masa kini.
Lebih terang dan lebih bold! Franck Muller tampil dengan himpunan arloji terbaharu yang lebih berani dengan membawakan esen kebebasan dan dunia tanpa sempadan. Koleksi Franck Muller Vanguard Beach mempunyai tiga pilihan palet warna yang luar biasa yang pastinya akan menarik perhatian dan mencabar sempadan gaya nan tersendiri.
Buat lelaki dan wanita yang sentiasa membawakan jiwa pengembaraan ke pantai bersama mereka, olahan interpretasi Franck Muller Vanguard Beach dapat membiaskan deruan ombak pantai yang bertenaga. Dengan sinaran mentari terang, ia juga membiaskan energi sukan luncur air dan keindahan pasir pantai yang menenangkan.
Koleksi jam tangan kontemporari Vanguard Beach terbaharu ini hadir dalam tiga pilihan palet warna yang bold; merah bara, biru lautan dan juga hijau musim panas. Jam tangan monokromatik ini melantangkan la dolce vita dengan sentuhan sukan sporty chic, dalam padanan warna yang fashion forward dalam desain jam Franck Muller ikonik.
Berikut adalah tiga padanan yang boleh digayakan bersama jam tangan Franck Muller Vanguard Beach terbaharu:
1. Padanan Formal
Jam tangan dalam warna biru luatan kelihatan lebih professional dan formal. Padankan bersama sut ke pejabat, lelaki dapat membiaskan personaliti diri yang tersendiri dan lebih segar.
2. Gaya Sporty
Warna untuk lelaki yang berani. Jam tangan dalam ton merah ini cukup menarik perhatian dalam pengayaan yang lebih sporty. Lantas bakar membiaskan energi yang luar biasa pada penggayaan.
3. Kembara Urban
Lengkapi gaya kembara dengan jam tangan warna hijau musim panas yang sangat bergaya. Sama ada ke destinasi peranginan pantai mahupun kota metropolitan, ia dapat menyerlahkan sisi kembara yang lebih fashion forward.
Ekspressi Gaya Arloji Yang Versatil
Mula diperkenalkan pada 2014 oleh rumah arloji asal Geneva, koleksi jam tangan Vanguard mengekspresikan vibe yang kasual dan sporty. Ia menampilkan reka bentuk tonneau yang melengkung dalam memberikan desain keseluruhan yang berkuasa. Kini, jam tangan Vanguard menjadi ikon utama buat Franck Muller yang mengeksplorasi variasi tema melalui penggunakan material, warna dan komplikasi yang pelbagai.
Terbaharu, rangkaian Vanguard Beach mengetengahkan keunggulan desain dan kejuruteraan material Franck Muller. Jam tangan ini menggunakan bekas Vanguard yang terpilih secara terperinci dan dihasilkan daripada komposit gentian kaca. Lantas, ia menghasilkan bentuk garis yang seakan desiran pasir di pantai. Kombinasi antara warna jam dan tali jam dalam ton yang sama pula diinspirasikan daripada kehijauan dan kebiruan air lautan. Serta pancaran matahari terbenam yang mewarnai langit menjauh.
Selain keunikan estetik yang menarik perhatian, reka bentuk jam Vanguard Beach ini sangat ringan untuk digayakan untuk apa sahaja acara sepanjang hari. Dari pelengkap gaya ke pejabat kepada acara jemputan sekitar kota, jam tangan ini juga boleh digayakan versatil. Ia mempunyai paparan tarikh dan kuasa simpanan 42-jam untuk melengkapkan gaya lelaki urban hari ini.
Jam tangan Franck Muller Vanguard Beach yang hadir dalam warna merah bara, biru lautan dan hijau musim panas boleh didapati secara eksklusif di seluruh rantau Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi arloji terbaharu ini, layari laman rasmi Franck Muller di sini.
Pengarah Kreatif Aizat Aidid Editor Muzammin Muzlan Pengarah Seni Amirul Arifin Pereka Grafik Hilman Hisham Foto Micky Wong (New Storyboards) Grooming Sahir Sabri Dandanan Yusof Ruzaimi Pelatih Amali Zahirah Zulkhairi Model Syahir Shafein Pakaian Dior & Fendi
Baca lebih lanjut: KEBANGKITAN LEGENDA KLASIK CASABLANCA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
ULTRA UPGRADED OMEGA SPEEDMASTER MOONPHASE METEORITE
Omega melancarkan Speedmaster Moonphase Meteorite dengan paparan fasa bulan dua hemisfera dengan dimensi, dail meteorit, dan pergerakan manual baharu. Versi terbaru Speedmaster Moonphase kini dilengkapi dengan paparan untuk Hemisfera Utara dan Selatan, serta dua jenis meteorit pada dailnya. Speedmaster Moonphase Meteorite, memperkenalkan beberapa perubahan. Ia menggunakan pergerakan manual kaliber 9914, berdasarkan kaliber 9908/9. Ini adalah…
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.