JEJAK LITAR LUMBA F1
Kolaborasi antara dunia automotif dan horologi sudah berkembang sejak abad 20. Namun, bila berbicara mengenai perkongsian yang cemerlang dalam arena perlumbaan permotoran dunia, TAG Heuer dan Aston Martin Red Bull Racing terus memperkasakan nadi serta konsentrasinya. Buat kali kedua dalam sejarah perkongsiannya dengan Aston Martin Red Bull Racing, TAG Heuer membentangkan jam tangan edisi khas bagi memperingati perikatannya bersama pasukan perlumbaan Formula Satu (F1) ini.

Pemandu F1 Red Bull Racing, Max Verstappen dari Belanda dan Alexander Albon dari Thailand waktu pelancaran Red Bull Racing RB16 di Litar Silverstone.
Bekerjasama sejak 2016, pembuat jam tangan mewah asal Swiss bergaya avant garde ini saling berjabat tangan bersama juara pemandu F1 untuk empat kali serta pemajunya berkongsi keghairahan dan cita-cita yang berani untuk mengatasi segala cabaran. Dilayangkan susuk visual yang erat dengan pasukan F1 ini, jam berfitur kronograf edisi khas berdiameter 43mm ini dipersembahkan berjiwa muda, sporty serta mudah dibaca dalam apa jua keadaan. Secara tidak langsung, ia memasyhurkan kekuatan perkongsiannya menerusi susuk rekaan yang diperbaharui.

Edisi khas Chronograph Formula 1 Citra TAG Heuer.
Ia mencedok inspirasi daripada mobil Formula 1 Aston Martin Red Bull Racing yang dibentangkan pada 19 Februari lalu di Barcelona, Sepanyol. Rona biru gelap pada kereta itu diolahkan pada laman dail jam tangan serta pada cincin bezel tetapan aluminium. Manakala, jarum saat bersalut rona kuning ikonik Red Bull lalu warna merah Red Bull yang menyengat merah ditampilkan pada skala tachymeter. Lantas, corak gaya azurage pada kaunter kronograf dan paparan tetingkap tarikh pada jam 4 menambahkan estetika yang tegap dan aura sporty pada model ini. Mesin tahan lasak yang telah diuji ini kalis hentakan juga kalis rintangan air sehingga pada kedalaman 200 meter, lalu TAG Heuer Formula 1 Aston Martin Red Bull Racing Edisi Khas ini telah menanggung lebih daripada 60 ujian kawalan kualiti.

TAG Heuer Chronograph Formula 1 (2020)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
5 KERETA F1 YANG PALING MAHAL PERNAH DIJUAL DI AUCTION
Lihatkan lima kereta lumba F1 yang termahal pernah dijual di auction sementara menanti jualan 1996 McLaren F1 GTR yang bakal mengukir sejarah di Monterey Sabtu ini.











