Skip to content

KAMEHAMEHAAA! SWATCH LANCAR KOLEKSI BERSAMA DRAGON BALL Z

Kongsikan artikel ini

Swatch melancarkan kolaborasi istimewa bersama karakter anime ikonik Jepun melalui koleksi Swatch x Dragon Ball Z dalam desain yang menyeronokan.

Berita baik buat peminat Dragon Ball Z! Label jam tangan, Swatch melancarkan koleksi istimewa bersama karakter anime ikonik Jepun yang cukup menyeronokan. Kolaborasi ini menampilkan karakter-karakter epik kegemaran ramai seperti Goku, Cell, Frieza, Majin Buu, Gohan, Vegeta, Master Roshi dan juga Shenron.

Walaupun ramai mungkin tidak mengenai siri anime popular ini, tetapi anda pasti pernah mendengar atau melihat cerita-cerita yang menampilkan Saiyan kegemaran, Goku. Seperti Swatch, Goku juga sangat menyeronokan. Lantas, koleksi ini menghembuskan inovasi kepada Dragon Ball Z dengan sentuhan personaliti warna-warni yang tersendiri.

Koleksi jam tangan ini pasti menegmbalikan memori buat setiap peminat anime, Setiap desain akan menampilkan pilihan warna yang menyeronokan berdasarkan Dragon Ball Z. Hadir dalam dua versi atau elemen karakter pada bahagian depan dan belakang desain jam tangan. Nama setiap karakter dalam Bahasa Inggeris diletakkan pada bahagian atas loop, disebalik loop pula mempunyai nama dalam Bahasa Jepun.

Goku

Karakter ikonik ini merupakan nyawa kepada siri anime Jepun tersebut. Salah seorang Saiyan terkahir, dia merupakan pelindung utama Bumi daripada musuh dari angkasa. Jam BIG BOLD ini menggunakan warna jingga dan hitam yang diinspirasikan daripada baju Goku sendiri. Dail jam tangan pula menampilkan namanya dalam simbol Jepun yang boleh didapati pada dogi miliknya, belakang tali jam pula hadir dengan Kintoun iaitu awan Nimbus yang misteri.

 

Anda bersedia untuk mengikuti pengembaraan bersama Goku dan rakan-rakannya? Koleksi eksklusif ini boleh didapati di stor fizikal dan stor atas talian Swtach.

Foto: Swatch Malaysia

Baca lebih lanjut: 5 SEBAB ANDA PERLU TONTON SIRI STAR WARS TERBAHARU, ‘ANDOR’

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

Bacaan Lanjut
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA

Bacaan Lanjut