Skip to content

KEJITUAN PEMBUATAN JAM TERSERLAH DI DALAM JAM GRAND SEIKO DAN CREDOR

Kongsikan artikel ini

Penggemar jam di Malaysia hari ini disajikan dengan pilihan Grand Seiko dan Credor di dalam dunia seni pembuatan jam atau horologi pada tahap yang tinggi. Acara ini menyaksikan karya agung Credor diperkenalkan secara rasmi buat pertama kali di Malaysia, turut memaparkan jam-jam tangan edisi terhad ikonik di pameran bergerak SEIKO dan Grand Seiko bersempena dengan pembukaan rasmi butik SEIKO oleh AWG Fine Watches di  Mid Valley Megamall.

Bagi merasmikan pembukaan butik, Encik Ikukiyo Komatsu, Pakar Pertukangan Moden diterbangkan dari Jepun untuk mempamerkan inovasi pergerakan Grand Seiko yang paling dikenali di dalam sejarah pembuatan jam moden Spring Drive 9R65 Caliber. Dengan ketelitian jarum dan ketepatan jitu, Encik Komatsu memukau para tetamu dengan teknik dan kemahirannya menggunakan bahan-bahan moden di dalam pemasangan pergerakan jam.

Pengarah Urusan Thong Sia Group, Encik William Hui dan Ikukiyo Komatsu.

Pengarah Urusan Thong Sia Group, Encik William Hui berkata, sebagai pengedar tunggal barangan jam SEIKO di Malaysia, kami sangat bersyukur dengan peluang untuk bergandingan dengan Seiko Watch Corporation dan AWG Fine Watches, dan kerana mempercayai kami sebagai rakan di dalam membawakan barangan jam berkualiti tinggi serta perkhidmatan profesional kepada para pelanggan. Dengan sistem sokongan teguh yang terbina ini, kami akan terus berusaha lebih gigih dengan menyampaikan bukan sahaja yang terbaik tetapi juga memperkenalkan koleksi barangan jam yang lebih eksklusif di masa hadapan.

Grand Seiko SBGK005 adalah sebahagian daripada Koleksi Elegance Terhad kepada hanya 1,500 buah di dunia.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 1960, Grand Seiko telah merevolusikan industri pembuatan jam dan paling diiktiraf kerana teknologi ulungnya, kejituan, ketepatan, senang dibaca dan sangat mudah. Terhad hanya 1,500 buah di dunia, jam tangan Grand Seiko SBGK005 yang baharu sahaja dilancarkan menggunakan pergerakan jejari yang menarik (caliber 9S63) sejak pengenalan terakhirnya pada 2011. Apabila dilihat dengan lebih dekat dan lama, jam tangan elegan ini dengan simpanan tenaga melebihi 72 jam ini sangat mengagumkan apabila ia terbuka tepat pada masanya untuk mendedahkan perincian rumit di dalam jam.

Grand Seiko SBGK005

Grand Seiko SBGC231 terhad kepada hanya 500 buah di dunia.

Kepada sesiapa yang menyukai jam tangan yang lebih sporty, Grand Seiko SBGC231 menyatukan pergerakan kronograf Spring Drive dengan fungsi GMT daripada Koleksi Sport dan anda pasti tidak akan kecewa. Dengan hanya ada 500 buah di dunia, jam tangan ini senang dipakaikan pada pergelangan tangan dan dibina untuk tahan lama.

Grand Seiko SBGC231

Credor The Spring Drive Eichi II di dalam dua varian – GBLT999J (platinum) dan GBLT998J (emas ros)

Spring Drive Eichi II memperagakan elegan dan didatangkan di dalam dua varian – GBLT999J dan GBLT998J masing-masingnya berwarna platinum dan emas ros. Model ini merupakan versi yang direka semula daripada model pertama Eichi yang dikeluarkan pada 2008, bagi menunjukkan keupayaan kemuncak SEIKO untuk mengeluarkan produk yang semestinya melambangkan Jepun. Diinspirasikan dari landskap bersalji musim sejuk di wilayah pergunungan di mana jam ini dibina, tiga jarum Eichi II memiliki ekspresi visual yang kemas di dalam kesederhanannya dengan dial tembikar bewarna putih.

Untuk senarai pengedar sah, maklumat lanjut mengenai Grand Seiko serta koleksi yang terdapat di Malaysia, sila layari laman web www.thongsia.com.my, halaman Facebook Grand Seiko Malaysia atau halaman Instagram Grand Seiko Malaysia.

 

 

 

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

Bacaan Lanjut

KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI

KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

PAMERAN GRAND PRIX D’HORLOGERIE DE GENÈVE (GPHG)

Bacaan Lanjut