Skip to content

KEMASYHURAN 50 TAHUN

Kongsikan artikel ini

RUMAH ARLOJI OMEGA, SEIKO, TAG HEUER SERTA ZENITH MENCIPTAKAN JAM TANGAN EDISI TERHAD BAGI MERAI SAMBUTAN JUBLI EMAS SETIAP HIMPUNAN IKONIK LAGI SUKSES INI.

Himpunan Speedmaster citra Omega, Astron oleh Seiko, Monaco ciptaan Tag Heuer dan El Primero garapan Zenith, masing-masing melangkah ke usia 50 tahun. Keunggulan nadi serta ketukangan pembuatannya terus berdenyut kencang sehingga ke hari ini. Ternyata, setiap himpunan ini hadir dalam pelbagai edisi sebelumnya. Secara tidak langsung, diperkukuhkan sejajar dengan inovasi lapangan arloji yang kian memberangsangkan. Mencitrakan interpretasi terbaru, jam tangan edisi terhad ini hadir bagi merai sambutan jubli emasnya. Sudah pasti ada pengumpul serta pencinta arloji dunia yang mendambakannya. Di samping itu, setiap himpunan punya ceritera di sebalik penciptaannya lalu tampil menjadi item utama bagi setiap rumah arloji ini dan penampilannya terus sukses.

2 of 4

Jam Astron SSH023 Edisi Terhad Ulang Tahun Ke-50 Ilham Seiko

REVOLUSI KUARZA

Sudah 50 tahun Astron yang bernadi kuarza citra Seiko mengusung revolusi kuarza. Langsung, meraih populariti yang berterusan kerana fleksibiliti teknologi yang mengagumkan di luar jangkaan. Siri Astron ini mengubah cara dunia melihat masa dengan ketepatan +5 sehingga -5 saat sebulan. Ia juga membentuk masa depan industri elektronik kerana masih digunakan dalam pelbagai peranti horologi dan bukan horologi. Daripada jam ke komputer peribadi ke telefon bimbit. Siri baru Astron GPS Solar 5X memberi penghormatan kepada keunikan Astron yang pertama menerusi susuk rekaan serta kemajuan teknologinya. Astron hadir dengan empat ciptaan terbarunya, termasuk satu edisi terhad kepada 1,500 utas. Jam yang diolah sepenuhnya berona hitam ini memaparkan kemasan bezel seramik zirconia yang dicanai lima puluh sudut.

2 of 4

By zuhairiesahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

Bacaan Lanjut
KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED

KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED

Bacaan Lanjut

KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI

Bacaan Lanjut
hael husaini

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA HAEL HUSAINI

Bacaan Lanjut
THE SEPTEMBER BOYS IS HERE! HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL #NEWERA

#NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut