KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Casio Computer Co., Ltd. telah mengumumkan pelancaran GMD-S5610IT, penambahan terbaru kepada jenama G-SHOCK yang tahan hentakan. Ini merupakan kolaborasi kedua antara G-SHOCK dan duta jenama mereka, ITZY. Koleksi kali ini hadir dalam lima model berbeza. Sejak kemunculan sulung mereka pada Februari 2019, kumpulan wanita ini telah mendapat sokongan besar daripada peminat global. Pada Februari 2023, Casio telah melantik kumpulan ini sebagai duta jenama G-SHOCK. Keserasian luar biasa boleh dilihat antara lagu dan persembahan bertenaga ITZY dengan identiti utama G-SHOCK, iaitu ketahanan.

Gambar Dari: CASIO G-SHOCK
Kolaborasi kedua antara G-SHOCK dan ITZY ini, iaitu GMD-S5610IT yang baru menawarkan 5 warna ceria dan bertenaga. Setiap warna menggambarkan personaliti individu setiap ahli, yang memikat peminat dengan gaya unik mereka. Jam tangan ini berasaskan model GMD-S5610, versi lebih nipis dan padat daripada 5600 Style, yang mewarisi bentuk ikonik G-SHOCK yang asal.

Gambar Dari: CASIO G-SHOCK

Gambar Dari: CASIO G-SHOCK
Simbol Yang Melambangkan ITZY
Apabila lampu LED diaktifkan, susunan hati yang dilukis tangan muncul pada skrin LCD, mengingatkan “crown pose” ikonik ITZY di penghujung lagu. Lima bintang dicetak dengan dakwat cermin di bahagian atas muka jam, melambangkan cara kelima-lima ahli bersinar di pentas dunia dengan kecerahan tersendiri. Ciri reka bentuk tambahan yang menggabungkan elemen dunia ITZY termasuk ukiran tandatangan setiap ahli di bahagian belakang jam dan corak bintang di gelung tali yang sepadan dengan bintang di bahagian atas muka jam.
Jam tangan ini didatangkan dalam bungkusan khas yang memaparkan logo ITZY dan G-SHOCK. Kotak luarnya dicetak dengan tandatangan setiap ahli. Set ini turut dilengkapi dengan 50 pelekat asli, yang menampilkan ilustrasi khas yang dilukis sendiri oleh ahli kumpulan itu.

Gambar Dari: CASIO G-SHOCK

Gambar Dari: CASIO G-SHOCK
Barisan jam tangan istimewa ini dipenuhi dengan pesona bertenaga kumpulan global ini. ITZY baru sahaja melancarkan mini album kesembilan mereka, GOLD pada 15 Oktober yang lalu. Album ini dibarisi lagu-lagu terbaru mereka seperti GOLD, Imaginary Friend, VAY yang menampilkan Changbin dari Stray Kids dan banyak lagi. Ini juga merupakan album pertama disertai Lia, selepas 10 bulan berehat.
Pautan Berkaitan: KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LAGU KOLABORASI JAY PARK BERSAMA ARTIS MALAYSIA
Nama Jay Park dalam dunia hip-hop Korea Selatan semestinya besar, termasuklah di Malaysia dengan kolaborasi yang hebat.
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
LEBIH DARI 50 TETAMU, INI LINE-UP ASIA ARTIST AWARDS 2026 DI KAOHSIUNG!
Asia Artist Awards 2026 dibarisi lebih 50 tetamu dan bakal diadakan selama dua hari di Kaohsiung National Stadium Disember 2026 ini.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.











