Skip to content

MENGUNGKAP EJEN PERISIKAN ‘KINGSMAN’ DENGAN TAG HEUER CONNECTED MODULAR 45

Kongsikan artikel ini

Kolaborasi global antara Tag Heuer bersama produksi perfileman Marv dan 20th Century Fox mempersembahkan jam tangan edisi khas Tag Heuer Connected Kingsman kala meraikan susulan filem ejen rahsianya, Kingsman: The Golden Circle. Bakal ditayangkan September ini di seluruh dunia, jam TAG Heuer Connected Edisi Khas Kingsman ini dipilih sendiri oleh pengarah terkenal Matthew Vaughn untuk dipakai oleh ejen rahsianya.

Jam tangan Connected Modular 45 ini dikatakan dipakai oleh karakter-karakter penting menerusi filem Kingsman: The Golden Circle yang mana menyumbang kepada kejayaan misi para ejen rahsianya. Lantaran daripada itu, para ejen ini memerlukan jam tangan yang utuh untuk menahan tekanan di bawah permukaan air mahupun adegan lasak. Edisi khas ini membias aura serta estetika agresifnya dengan lugs atau cuping jam yang digarap besar dari material emas merah lalu disempurnakan dengan tali jam kulit siap dengan ukiran Kingsman padanya.

Tidak berhenti dari itu, jam tangan ini didatangkan dengan tali jam kedua dalam material baldu rona jingga. Di mana ia diinspirasikan daripada jaket baldu ikonik yang disarungkan oleh Taron Egerton. Perbezaan yang ketara antara Edisi Khas Kingsman dengan koleksi yang sedia ada adalah menerusi fungsi dailnya. Hadir sama ada dalam rona biru gelap atau kelabu, inskripsi serta logo Kingsman dilayarkan pada indeks jam 9 dan 3. Selain itu tepat jam 10:10, dail bergetar selama 10 saat langsung terpampang logo K.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=DUMNxTCB4Ek

Oleh Editorial GLAM Lelaki

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

Bacaan Lanjut
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA

Bacaan Lanjut