MIDO RAIKAN ULANG TAHUN KE 100 DI TAIWAN DENGAN MELANCARKAN BARONCELLI BIG DATE
Mido, pembuat jam tangan Swiss terkemuka sejak 1918, baru-baru ini mengadakan acara “Past, Present, Future” dan seterusnya memperkenalkan koleksi jam tangan terbaru di Huashan 1914 Creative Park di Taipei, Taiwan bersempena meraikan ulang tahunnya yang ke-100. Mengambil kesempatan akan ulang tahun jubli ini, jenama ini bukan sahaja memandang ke belakang dalam rentetan sejarah penubuhannya, tetapi turut melancarkan Baroncelli Big Date dan Trilogi Baroncelli yang menambah kepada koleksi Baroncelli yang canggih lagi menawan.

(Dari kiri) Idola kegilaan remaja Taiwan, Joseph Cheng ; Vicky Lee, Pengurus Kumpulan Swatch Taiwan, Franz Linder, Presiden Mido dan Mark Lan, Pengurus Jenama Mido.
Franz Linder, Presiden Mido turut hadir menghadiri acara ini bersama dengan Vicky Lee, Pengurus Kumpulan Swatch Taiwan, Mark Lan, Pengurus Jenama Mido Taiwan serta dihadiri pelakon dan idola kegilaan remaja Taiwan, Joseph Cheng. Bagi meraikan ulang tahun ke-100 Mido ini, Baroncelli Big Date menampilkan ciri-ciri istimewa, antaranya paparan tarikh eksklusif yang jelas kelihatan di muka jam, sambil dilengkapi dengan pergerakan automatik ultra-tahan Caliber 80, bersama edisi terhad Baroncelli Trilogy. Jam tangan ini mewakili tahun 1918 dan masa kini, tahun 2018, seterusnya harapan untuk 100 tahun akan datang, 2118.
Acara gilang gemilang yang berlangsung gah apatah lagi di sebuah kawasan bersejarah paling unik di Taiwan, gimik pelancaran dibuka dengan tarian akrobatik dan parkour. Keseimbangan sempurna yang dipamerkan mereka mencerminkan cengkaman kuat pada dimensi ruang, dan motto “to be and to last” bergema memenuhi segenap ruang melengkapi nilai-nilai Mido, iaitu reka bentuk yang tidak lapuk dek zaman, bahan berkualiti tinggi serta inovasi dari sudut teknikal.
KEANGGUNAN BARONCELLI BIG DATE
Dalam meraikan ulang tahun ke-100 nya, Mido melancarkan Baroncelli Big Date: model inovatif ini menampilkan tetingkap tarikh dalam skala yang besar yang berlokasi pada indeks masa enam. Punya susuk rekaan elegan, jam ini bernadikan pergerakkan automatik berdasarkan kaliber 80 Mido yang punya rizab kuasa sehingga 80 jam. Sebagai tambahan kepada paparan tarikh yang jelas pada laman dail, model ini juga turut mengikuti reka bentuk klasik koleksi Baroncelli dengan garis halus dan reka bentuk tulen. Tetingkap tarikh yang digarap angka berasingan menyediakan paparan yang hebat dan menjadi ciri utama Baroncelli Big Date, yang terdapat dalam beberapa versi.
Dengan keunikkan serta harga yang luar biasa, model ini sudah pasti menangkap mata pengemar jam tangan khususnya dengan reka bentuknya yang halus serta perincian mengagumkan, ditambah dail serta tangan bermuka dua memberikan nilai tambah pada model ini.
Turut diperkenalkan pada acara tersebut adalah Trilogy edisi terhad berdasarkan tema “past, present and future” menggambarkan signifikan masa dalam menjulang warisan pembuatan jamnya. Satu kesinambungan koleksi Baroncelli, ketiga-tiga model in merangkumi tempoh masa yang berlainan dalam sejarah jenama itu serta pemikirannya yang berpandangan ke hadapan: tahun 1918, 2018 dan 2118. Berdasarkan model Baroncelli dalam keluli tahan karat 316L yang digilap, tiga jam tangan mempunyai diameter 38 mm, dengan tiga keping komponen yang menempatkan pergerakan Elaboré bergred tinggi.
Dengan pelancaran Baroncelli Big Date dan Baroncelli Trilogy of Limited Editions, Mido berazam untuk meneruskan misi menjulang tradisi dalam pembuatan jam tangan klasik yang abadi serta tahan ujian masa. Perayaan ulang tahun ke-100 ini pastinya akan diteruskan sepanjang tahun.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Jun 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
CASIO LANCAR JAM TANGAN CINCIN PENUH UNIK
Casio Computer Co., Ltd. telah melancarkan Casio Ring Watch CRW-001, jam tangan gaya cincin pertama syarikat ini.
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Duta jenama G-SHOCK, ITZY kini kembali dengan kolaborasi kedua sempena pelancaran GMD-S5610IT yang ditambah baik.