MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER
OMEGA terus mengorbitkan misi Apollo 8 yang ikonik dengan memperkenalkan jam tangan Dark Side of the Moon terbaharu dalam misi horologi ke langit angkasa.
Pada tahun 1968, sejarah telah tercipta selepas Apollo 8 telah menjadi misi penerbangan angkasa pertama yang berjaya mengorbitkan bulan. Dalam misi perintis ini, setiap angkasawan dilengkapkan dengan sepasang OMEGA Speedmaster yang digunakan sebagai jam tangan pilihan dalam kempen lunar NASA. Tahun ini, OMEGA memberikan penghormatan kepada momen bersejarah ini dengan melancarkan Speedmaster Dark Side of the Moon terbaharu. Jam tangan ini dihasilkan dengan teknologi state-of-the-art, diperkayakan dengan palet material dan juga seni kepakaran arloji yang terunggul.
Jenama jam tangan ikonik ini pertama memperkenalkan jam tangan Speedmaster Dark Side of the Moon Apollo 8 pada 2018, dalam meraikan ulang tahun ke-50 misi angkasa ini. Kali ini, OMEGA kembali ke seni pembuatan jam tangan dengan mengelevasikan reka bentuk ke tahap yang lebih halus dan penuh ketelitian.
Estetika OMEGA Speedmaster Dark Side of the Moon Apollo 8
Dalam menghasilkan estetika unik melalui reka bentuk, Calibre 3869 pada koleksi arloji ini menampilkan cetak-laser bulan pada plat utama dan bridge dalam ton hitam. Seperti putaran bulan, gerakan ini mempersembhakan dua permukaan yang berbeza. Bahagian dial jam mewakili pandangan pada permukaan bulan seperti yang dilihat langsung dari Bumi. Manakala, bahagian belakang pula menonjolkan sisi gelap yang hanya dapat dilihat oleh para angkasawan.
Tambahan terbaharu ini meningkatkan lagi definisi bulan, dengan sokongan ukiran laser dan permukaan yang kontra. Fungsi ini kelihatan lebih jelas dan menarik bersama roda dalam warna kelabu dan roda pengimbang dalam warna kelabu gelap keemasan. Tambahan, Calibre 3869 yang manual digerakkan dengan Co-Axial Master Chronometer yang standard. Ini memberikan ketepatan waktu yang tertinggi dalam industri pembuatan jam tangan Swiss, selain persembahan kronomterik dan ketahanan magnetik.
Gerakan dengan dekorasi bulan ini juga boleh disaksikan melalui kerangka dial, yang dihasilkan menggunakan aluminum dalam warna hitam yang menarik. Bukan itu sahaja, Ketika menghasilkan bekas jam 44.25 meter, bezel bersinar, dan juga bekas belakang, OMEGA menggunakan kepingan seramik hitam yang berbeza. Dalam masa yang sama, ia diisikan dengan skala takimeter bersama enamel “Grand Feu” yang putih berkilauan. Kronograf sentral diserlahkan dalam ton kuning yang terang sebagai tema warna yang diteruskan pada lelubang tali jam tangan ini. Lantas, menyerlahkan ia lagi dengan titik-titik kuning pada tali getah hitam yang kontra.
Salah satu lagi sentuhan baharu pada jam tangan ini adalah paten saat yang kecil pada penanda wkatu 9. Ia dihasilkan daripada Grade 5 Titanium dan berbentuk seperti roket NASA Saturn V yang terkenal. Struktur tiga-dimensi yang berkuasa ini diterjemahkan dengan pancaran laser, dan warnanya pula terhasil dengan varnis putih, pengablasi serta laser gelap. Perincian yang kecil tapi cukup bermakna untuk meraikan kejayaan program Apollo ini.
“WE’LL SEE YOU ON THE OTHER SIDE”
Satu siri ukiran turut disuntikkan pada bahagian belakang jam tangan. Ini termasuklah frasa “WE’LL SEE YOU ON THE OTHER SIDE” yang merupakan ucapan terakhir kepada pusat kawalan oleh Command Module Pilot, Jim Lovell sebelum misi Apollo 8 terbang ke sebalik bulan. Dan buat pertama kali juga, ia merupakan momen apabila mereka terputus hubungan radio dari Bumi.
Permukaan bulan sentiasa menjadi bualan penuh misteri dan tanda tanya. Pemakaian jam tangan terbaharu ini dapat menciptakan hubungan autentik dengan satelit semula jadi Bumi, serta eksplorasi angkasa OMEGA. Apabila dunia terus terbang melangkaui sempadan langit angkasa, misi Apollo 8 ini menjadi peringatan tentang kuasa yang dikongsikan antara manusia mampu untuk membawakan kejayaan bersama.
Baca lebih lanjut: JAM TANGAN OMEGA PILIHAN EDDIE REDMAYNE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
ULTRA UPGRADED OMEGA SPEEDMASTER MOONPHASE METEORITE
Omega melancarkan Speedmaster Moonphase Meteorite dengan paparan fasa bulan dua hemisfera dengan dimensi, dail meteorit, dan pergerakan manual baharu. Versi terbaru Speedmaster Moonphase kini dilengkapi dengan paparan untuk Hemisfera Utara dan Selatan, serta dua jenis meteorit pada dailnya. Speedmaster Moonphase Meteorite, memperkenalkan beberapa perubahan. Ia menggunakan pergerakan manual kaliber 9914, berdasarkan kaliber 9908/9. Ini adalah…
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.
GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA HAEL HUSAINI
Pelantun lagu ‘Diam’ ini nekad menjadi diri sendiri sebagai seorang anak seni bersifat asli. Padanya, era baru itu ialah sebuah kesempatan yang telah ditakdirkan Tuhan.