MOMEN IKONIK MAURICE LACROIX
Rekaan kelas pertama, pergerakan serba canggih, digarap daripada material premium, dan segalanya pada harga mampu-milik. Itulah janji Maurice Lacroix.
Lebih 40 tahun mengumpul pengalaman dan kemahiran dalam bidang horologi, jenama ini punya himpunan jam tangan yang direka khas untuk meraikan setiap momen personal si pemakai. Misalnya saat tamat pengajian, mendapat kerja baru, naik pangkat mahupun momen bahagia mengikat tali perkahwinan, dianugerahkan cahaya mata atau kejayaan menghabiskan marathon pertama anda, Maurice Lacroix mahu anda abadikan setiap peristiwa penting hidup anda dengan seutas jam yang punya makna yang mendalam. Satu hadiah untuk diri sendiri. Kerana, bak slogan kempen iklannya, #MyTimeIsNow.
Yang pasti, momen ikonik wajarlah diraikan dengan jam tangan cukup ikonik. Dan sejiwa dengan namanya, himpunan jam tangan AIKON memenuhi kriteria itu.
Asalnya dilancarkan pada tahun 2016 dalam versi kuarza, kini jam AIKON dibaptiskan semula dalam jelmaan baru, yakni AIKON Automatik dan AIKON Kronograf Automatik.
AIKON AUTOMATIK
Dengan rekaan lebih dinamik, siri AIKON Automatik diserlahkan dengan permukaan yang lebih licin dan bentuk maskulin yang lebih menonjol namun kekal elegan. Dibina sepenuhnya daripada keluli dalam kemasan satin, dengan ciri signatur 6 ‘penanda’ pada lingkaran bezel tampil digilap.
Model automatik three-hand 42mm diberi sentuhan bold pada dail bertekstur Clou de Paris, juga dimuatkan fungsi tarikh. Model kalis air hingga 200m ini punya pilihan dail dalam warna biru, perak ataupun kelabu antrasit. Yang mudah untuk dipadankan dengan gelang keluli 5-link yang fleksibel mahupun tali kulit berwarna hitam, biru atau perang yang semestinya diserikan dengan logo ikonik berhuruf M.
AIKON KRONOGRAF AUTOMATIK
Jam kronograf 44mm pula dikuasakan kaliber putaran automatik dilindungi dail yang dihiasi tekstur petak-petak halus yang menyerlahkan lagi kaunter-kaunter kecil dan tingkap tarikh juga hari.
Juga kalis air hingga 200m, jam kronograf ini boleh didapatkan dalam lima model berbeza dalam seleksi dail berwarna biru, perak atau hitam. Sebagai respon kepada trend dail berwajah panda, dail versi perak menampilkan kaunter kronograf warna biru yang selari dengan estetika kontemporari.
Menarik lagi, jam tangan AIKON dilengkapi inovasi EasyChange untuk membolehkan pemakai menukar tali jam dengan begitu mudah. Praktikal juga penuh karakter, Maurice Lacroix masih setia memberi model-model jam pada julat harga yang amat berpatutan tanpa mengorbankan sofistikasi dan kemewahan dari segi rekaan dan teknologi.
Maurice Lacroix Aikon Automatik dijual pada harga RM6,600 (versi tali kulit) dan RM7,260 (versi gelang), manakala Aikon Kronograf Automatik berharga RM11,220 (versi tali kulit) dan RM11,880 (versi gelang).
oleh Abdul Aziz Draim
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Duta jenama G-SHOCK, ITZY kini kembali dengan kolaborasi kedua sempena pelancaran GMD-S5610IT yang ditambah baik.
KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI
Jam tangan Omega untuk lelaki menawarkan gabungan sempurna antara inovasi teknologi dan elemen elegan yang menonjolkan gaya si pemakai.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI
Bekas pelumba Formula One (F1), Michael Schumacher mempunyai koleksi trofi terbaik dalam sukan litar. Koleksi horologinya juga tidak kurang hebatnya.
TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU
Jenama horologi Switzerland, Franck Muller memperkenalkan jam tangan Franck Muller Long Island Evolution dengan tiga model yang eksklusif di rantau Asia Pasifik.