MONTBLANC STAR LEGACY SUSPENDED EXO TOURBILLON CHÂTEAU DE VERSAILLES: KETULENAN SENI DAN SEJARAH DALAM SATU MASA
Montblanc mempersembahkan Montblanc Star Legacy Suspended Exo Tourbillon Château de Versailles. Sebuah jam tangan edisi terhad yang menggabungkan kehalusan seni, teknologi moden, dan sejarah megah Perancis dalam satu ciptaan luar biasa. Dihasilkan hanya lapan unit di dunia, karya horologi ini diraikan sebagai penghormatan kepada “Le Secret du Bal des Ifs”, pesta topeng paling bersejarah yang diadakan di Istana Versailles pada tahun 1745 oleh Raja Louis XV.
HALL OF MIRRORS, VERSAILLES.
Mengambil inspirasi daripada keagungan Hall of Mirrors di Versailles. Montblanc membangkitkan semula keindahan Baroque melalui gabungan marquetry, ukiran tangan, dan enamel champlevé. Setiap perincian jam ini mencerminkan suasana pesta bersejarah itu. Dari pantulan candelier pada cermin hingga seni bina marmar yang mewah. Diilhamkan daripada ukiran “Decoration for a Masked Ball at Versailles” oleh Charles Nicolas Cochin I. Dail jam tangan ini menampilkan pemandangan malam tersebut dengan ketelitian luar biasa.

SENI DAN KEJURUTERAAN DI BALIK KEMEWAHAN
Dail jam diperbuat daripada emas putih 18 karat dan dihiasi enamel hitam dengan gold paillons, menggambarkan suasana candelier bercahaya di dalam dewan. Inlay marmar Sarrancolin dan batu Cacholong mencipta kesan ilusi Hall of Mirrors. Manakala kayu oak sebenar digunakan untuk lantainya. Setiap unit menjanjikan keunikan tersendiri. Di atasnya, lapisan nilam diukir halus dengan imej tetamu bertopeng dan candelier, mencipta kesan kedalaman yang menawan.
Menjadi nadi kepada jam ini ialah mekanisme Montblanc Manufacture Calibre MB M16.68 — manual-winding Suspended Exo Tourbillon dengan rizab kuasa 50 jam. Inovasi “Exo” menempatkan roda imbangan di luar sangkar tourbillon, mempamerkan “degupan jantung” jam dalam keindahan tiga dimensi. Keseluruhan pergerakan ini dipamerkan melalui belakang jam yang diperbuat daripada kaca nilam, memperlihatkan kemasan tangan seperti Côtes de Genève dan anglage berkualiti tinggi.
SENTUHAN VERSAILLES DALAM SETIAP BUTIRAN
Sarung jam daripada emas kuning 18 karat diukir dengan laurel wreath, simbol kemenangan, serta adegan klasik dari lukisan François Lemoyne yang menggambarkan Louis XV sebagai Maharaja Rom. Bahagian dail kecil di posisi 12 jam menampilkan ukiran kepala Apollo, melambangkan “Sun King” Louis XIV. Melambangkan simbol kemegahan dan cahaya abadi.

Lengkap dengan tali kulit anak lembu kelabu dengan jahitan keemasan, jam ini hadir dalam kotak muzik khas hasil kerjasama Elie Bleu Paris dan Reuge Switzerland. Apabila dimainkan, kotak tersebut memutarkan jam sambil memainkan muzik karya Jean-Philippe Rameau dengan lirik oleh Voltaire.

Artikel Berkaitan: ERA 60-AN KEMBALI MELALUI KOLABORASI ZENITH X USM
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEMPEN DENIM MUSIM BUNGA 2026 CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK
Calvin Klein mengumumkan pelancaran kempen denim Musim Bunga 2026 menampilkan Jung Kook dari BTS, sebagai duta jenama.
OSCARS 2026: KENALI BARISAN PELAKON-PELAKON LELAKI YANG TERCALON
GLAM Lelaki senaraikan pelakon-pelakon lelaki yang tercalon dalam kategori dua kategori di Oscars 2026 bersama watak-watak ikonik mereka.
MENGAPA ALIF SATAR JADI IDOLA BELIA DAN JUGA GEN-Z HARI INI?
Rahsia Alif Satar kekal relevan? Bakat, disiplin, nilai keluarga dan pengaruh positif menjadikannya idola generasi kini.
GL RAYA 2026: JANGKAAN WARNA BAJU RAYA GL TEAM TAHUN INI
Sebelum menjelang bulan Syawal, GL Team telah membuat jangkaan tentang warna baju raya yang terkenal pada tahun ini.
GL RAYA 2026: IMBAS SEMULA LOOK RAYA 2025 SELEBRITI MALAYSIA
Mari imbas semula look raya selebriti di Malaysia tahun lepas dan ia boleh dijadikan inspirasi untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
PORT MOREH SEKITAR KL YANG BUKA SEHINGGA LEWAT MALAM
Cari port moreh sekitar KL yang buka hingga 3 pagi? Ini pilihan kafe dan restoran late night untuk sambung lepak selepas tarawih.














