NASA RAIKAN ULANG TAHUN KE 60 DENGAN JAM TANGAN EDISI TERHAD
Happy birthday NASA! Bersempena dengan ulang tahun NASA yang ke-60, NASA berkolabrasi dengan syarikat pengeluar jam tangan dari Hong Kong, Anicorn meengeluarkan jam tangan edisi terhad dengan desain lebih segar, unik dan semestinya menawan.

Dikhabarkan hanya 60 utas jam tangan sahaja yang akan dijual di pasaran dan setiap pembelian jam tangan ini akan disertakan dengan kotak khas, disertai dengan waranti dan kordinat Kennedy Space Center di Florida yang terpahat pada tembaga jam tangan ini.


Memilih warna putih sebagai daya penarik dan seakan sudah sebati dengan NASA, keunikan jam ini turut terletak pada seramik bulat yang akan berputar menunjukkan jam termasuk sulaman merah untuk nama ‘NASA’ di tali jam mengukuhkan identiti jam tangan mewah ini. Dengan pergerakan automatik, tali fabrik dan muka jam berkacakan kristal Plexiglass, pastinya hanya yang bertuah mampu untuk memiliki jam tangan ini.


Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 Oktober 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.











