KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI
Omega Constellation 41mm: Simbol Keanggunan dan Ketepatan

Sejak tahun 1952, OMEGA Constellation telah diilhamkan oleh pergerakan tepat bintang-bintang. Untuk model istimewa ini, tema cakerawala diambil selangkah lebih jauh dengan pengenalan dial meteor yang memukau.
Reka Bentuk Ikonik
Jam tangan 41mm ini hadir dengan kerangka dan gelang mono-rang yang diperbuat daripada keluli tahan karat, menampilkan ciri-ciri ikonik Constellation seperti “polished claws” yang berkilat, faset berbentuk separuh bulan, serta angka Rom Liquidmetal™ pada bezel seramik hitam. Ciri-ciri ini menjadikan reka bentuknya unik dan mewah, sesuai untuk lelaki yang inginkan gaya elegan dan maskulin.
Dial Meteor yang Unik dan Menawan
Apa yang membuat jam tangan ini lebih istimewa adalah dialnya yang diperbuat daripada sepotong meteorit asli. Dial ini diberi rawatan warna galvani kelabu rodium, dengan corak semula jadi meteorit yang menjadikan setiap model unik – tiada dua dial yang sama. Dial ini dilengkapi dengan tingkap tarikh pada posisi jam 6, serta jarum dan indeks bersalut PVD hitam yang menambahkan sentuhan eksklusif pada reka bentuknya. Bintang Constellation pada dial menambah elemen artistik yang menawan.
Kualiti dan Ketepatan Tertinggi
Di sebalik kaca kristal sapphire pada bahagian belakang kerangka, jam tangan ini digerakkan oleh Co-Axial Master Chronometer Calibre 8900. Mekanisma ini memastikan tahap ketepatan, prestasi, dan rintangan magnet yang tertinggi, disahkan oleh Institut Metrologi Persekutuan Switzerland (METAS). Ini menjamin ketahanan dan ketepatan dalam jangka masa panjang.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.
5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN
Korea Selatan turut menguasai dunia jam tangan sebagai duta jenama dan menjadi bukti impak mereka kepada dunia.
8 DUTA JAM OMEGA YANG BERPENGARUH & IKONIK
Gabungan bintang Hollywood, atlet hebat dan ikon hiburan antarabangsa menjadikan lapan duta jam Omega ini antara yang diingati dan ikonik.
PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Bagi Park, menjadi duta OMEGA merupakan satu penghormatan besar dan peluang berkongsi falsafah dan nilai jenama tersebut peringkat global.
OMEGA RAIKAN KOLEKSI PLANET OCEAN BAHARU DI CHONGQING, CHINA
OMEGA melancarkan koleksi Planet Ocean baharu di Chongqing dengan pameran seni, instalasi lautan dan kehadiran selebriti antarabangsa.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.











