KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI
Omega Speedmaster Moonwatch Professional

Omega Speedmaster Moonwatch Professional adalah salah satu jam tangan paling ikonik di dunia, terlibat dalam semua enam pendaratan di bulan. Sebagai lambang semangat penerokaan dan inovasi OMEGA, Moonwatch mewakili sejarah yang luar biasa, menggabungkan gaya klasik dengan teknologi canggih.
Reka Bentuk yang Tak Lapuk Dek Zaman
Jam tangan ini menampilkan kerangka berukuran 42mm, diperbuat daripada keluli tahan karat 316L, bahan pilihan OMEGA kerana ketahanan terhadap kakisan serta kilauan yang mempesona selepas digilap. Keluli ini memastikan kekuatan dan kecantikan yang tahan lama, menjadikan Moonwatch sesuai untuk pemakaian harian dan situasi lasak seperti penyelaman dan pengembaraan.
Kemasan Aluminium Anodisasi yang Luar Biasa
Salah satu elemen menonjol pada jam ini adalah gelang aluminium anodisasi pada cincin bezel yang menghiasi muka jam. Melalui proses anodisasi khas OMEGA, gelang ini dua kali lebih keras berbanding versi aluminium biasa, memberikan ketahanan tambahan terhadap kerosakan luaran. Cincin bezel hitam ini juga diilhamkan daripada generasi keempat Speedmaster yang dipakai semasa misi bulan, lengkap dengan titik di atas angka 90 yang terkenal.
Dial dan Fungsi yang Digerakkan dengan Ketepatan
Dial hitam dengan reka bentuk langkah asimetris memperlihatkan gaya ikonik yang mengingatkan model asal yang dipakai di bulan. Dilengkapi dengan sub-dial detik kecil, pencatat masa 30 minit, pencatat masa 12 jam, dan fungsi kronograf utama, setiap elemen pada jam ini direka untuk ketepatan dan prestasi terbaik.
Kaca Kristal Hesalite dengan Sentuhan Legenda
Bahagian depan jam dilindungi oleh kaca kristal hesalite, lengkap dengan logo OMEGA di tengah-tengah, memberikan sentuhan bersejarah yang sama seperti model asal yang digunakan di angkasa. Bahagian belakangnya pula menampilkan medallion kuda laut timbul, satu lagi simbol ikonik Speedmaster.
Kuasa Mekanisma Manual-winding Omega Calibre 3861
Di sebalik reka bentuk klasiknya, jam ini digerakkan oleh Omega Co-Axial Master Chronometer Calibre 3861, menawarkan rizab kuasa selama 50 jam. Mekanisma manual-winding ini memastikan ketepatan tinggi dan prestasi tahan lama, disahkan oleh METAS sebagai jam tangan yang mematuhi standard tertinggi industri dalam ketepatan, prestasi, dan ketahanan terhadap medan magnet.
Link Berkaitan: Omega Speedmaster Moonwatch Professional
Artikel Berkaitan: KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.
5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN
Korea Selatan turut menguasai dunia jam tangan sebagai duta jenama dan menjadi bukti impak mereka kepada dunia.
8 DUTA JAM OMEGA YANG BERPENGARUH & IKONIK
Gabungan bintang Hollywood, atlet hebat dan ikon hiburan antarabangsa menjadikan lapan duta jam Omega ini antara yang diingati dan ikonik.
PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Bagi Park, menjadi duta OMEGA merupakan satu penghormatan besar dan peluang berkongsi falsafah dan nilai jenama tersebut peringkat global.
OMEGA RAIKAN KOLEKSI PLANET OCEAN BAHARU DI CHONGQING, CHINA
OMEGA melancarkan koleksi Planet Ocean baharu di Chongqing dengan pameran seni, instalasi lautan dan kehadiran selebriti antarabangsa.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.











