Rakan Jenama Dari Malaysia Yang Pertama Untuk Breitling
Kredit gambar utama:
Jazeman memakai jam tangan Superocean Heritage B01 Kronograf 44, Breitling.
Jenama jam tangan Swiss, Breitling, sudah pun secara rasminya melantik friend of the brand dari Malaysia yang pertama bagi mereka. And we’re happy to announce, it’s Jazeman Jaafar!
Mula berkecimpung dalam industri sukan permotoran sejak usia enam tahun lagi, Jazeman merupakan atlet pelumba kereta berbakat besar, yang punya nilai-nilai positif yang turut menjadi tunggak jenama Breitling.
“Pelibatan Jazeman bersama Breitling sungguh mengujakan kerana kolaborasi ini bakal meningkatkan daya ketulenan, kredibiliti serta ketukangan kami secara keseluruhan,” kata Alvin Soon selaku Presiden Breitling Aisa.
Sejak penubuhannya pada tahun 1884, Breitling punya reputasi sebagai perintis dalam pembentukan jam tangan kronograf, diperkukuhkan lagi dengan komitmennya terhadap inovasi rekaan dan teknologi. Breitling juga merupakan rumah arloji yang menghasilkan dan membina pergerakan mereka sendiri, dengan setiap model jamnya diperbuat di Switzerland dan berstatus kronometer disahkan COSC.
Spirit inovasi dan keazaman untuk mencapai kecemerlangan itu juga mencerminkan prinsip-prinsip yang dipegang oleh Jazeman Jaafar.
Biarpun baru berusia 26 tahun, Jazeman Jaafar telah bangkit sebagai seorang atlet lumba kereta Asia yang cukup disegani. Dari momen meraih naib juara keseluruhan bersama pasukannya di Blancpain Endurance Series 2016, di mana Jazeman menjadi orang Asia pertama memenangi suatu pusingan dalam acara itu (dalam pusingan kedua di Silverstone), langsung ke pencapaiannya sebagai pasukan anak Malaysia pertama yang berjaya meraih kemenangan di pentas World Endurance Championship 2018, dalam perlumbaan 6 Hours of Fuji, kelas perlumbaan LMP2.
Jazeman punya bakat dan ketekunan yang menjadi inspirasi dalam mengecapi suatu standard kejayaan dan kemasyhuran. Tak hairanlah, pada Mac tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah melantik Jazeman Jaafar sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
“Kerjasama bersama Breilting adalah salah satu sorotan terpenting buat saya pada tahun ini,” akui Jazeman, yang pertama kali menghiasi sampul depan GLAM Lelaki edisi Ogos 2014. “Di mana, saya dan Breitling saling akui untuk menguasai kecemerlangan adalah menerusi kesungguhan serta komitmen yang konsisten.”
Tahniah, Jazeman!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Duta jenama G-SHOCK, ITZY kini kembali dengan kolaborasi kedua sempena pelancaran GMD-S5610IT yang ditambah baik.
KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI
Jam tangan Omega untuk lelaki menawarkan gabungan sempurna antara inovasi teknologi dan elemen elegan yang menonjolkan gaya si pemakai.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI
Bekas pelumba Formula One (F1), Michael Schumacher mempunyai koleksi trofi terbaik dalam sukan litar. Koleksi horologinya juga tidak kurang hebatnya.
TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU
Jenama horologi Switzerland, Franck Muller memperkenalkan jam tangan Franck Muller Long Island Evolution dengan tiga model yang eksklusif di rantau Asia Pasifik.