REBIRTH TAG HEUER AUTAVIA
Model TAG Heuer Autavia merupakan jam tangan kronograf dengan bezel berputar yang pertama, direka oleh Jack Heuer pada 1962. Model cukup terkenal yang menjadi buruan pencinta jam tangan vintaj.
Menyedari populariti itu, tahun lalu TAG Heuer menganjurkan satu kempen interaktif, the “Autavia Cup”, di mana komuniti peminat jenama ini dijemput untuk memilih satu daripada 16 model vintaj kronograf Autavia untuk dikeluarkan semula menjelang Baselworld 2017.

Lebih daripada 50,000 warga web membuang undi sepanjang kempen tersebut, dan keputusannya pun sudah diketahui: model Autavia “Rindt”, model 1966 yang dipakai oleh pelumba F1 terkenal Jochen Rindt. Dan inilah interpretasi baru model Autavia “Rindt”, diperkenalkan di Baselworld baru-baru ini.
Rekaannya mengambil ilham ekspresi estetika tahun ’60-an yang kini dipadukan dengan fungsi-fungsi kontemporari. Bezel aluminium putaran dua-arah warna hitam memegang case 42mm (case asal cuma 39mm) yang dimuatkan dail hitam dan tiga sub-dail putih.
Dikuasai pergerakan kronograf kaliber Heuer-02, generasi baru Autavia ini bercirikan kaliber self-winding, rizab kuasa 80 jam, tingkap tarikh pada posisi 6, dan kalis air hingga 100m. Sentuhan unik termasuk rekaan mushroom crown dan tali kulit dengan jahitan ecru yang sengaja dijadikan distressed untuk menaikkan aura vintaj pada model.

Malah, bacaan masa tampil jelas dengan adanya indeks dan jarum yang disaluti Super-Luminova warna beige, cerminan patina yang wujud pada jam-jam lama. Pilihan gelang keluli “beads of rice” juga ditawarkan untuk mereka yang mahu sesuatu lebih elegan.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.











