REKAAN LEBIH MODEN & MEWAH, JAM UNTUK ANDA
Teks: Sufian Sapari
Jam bukanlah sekadar perhiasan semata-mata. Hari ini, ramai di antara kaum lelaki menjadikan seutas jam tangan sebagai pelengkap gaya mereka untuk tampil lebih gentleman dan mewah. GL membariskan pilihan rekaan jam yang serba eksklusif, khas untuk anda, pencinta jam!
ABSTRAK PSIKEDELIK

Seni fotografi ikonik Bubble daripada jurugambar Perancis, Dani Olivier diadaptasikan menerusi jam tangan edisi terhad Corum Heritage Bubble Dani Olivier. Potret seni bernama “Abstract and Psychedelic Nudes” ini diliputi cahaya berwarna. Kolaborasi yang bermula tahun lalu ini telah menjadikan seni kanvas ke miniatur di atas dail jam. Case berdiameter 74mm disalut dalam PVD hitam. Jam ini eksklusif untuk 88 utas sahaja dan terdapat empat model berlainan bezel, tali dan dail.
KUNCI SIMBOL TENTERA

“Tatu” tengkorak pada dail diperkukuhkan lagi melalui dua aras yang dapat memberikan kesan visual mendalam, tengkorak dicipta menggunakan melalui proses tradisional sebagaimana menghasilkan syiling dan pingat. Ilham elemen tatu tentera, dengan motif bunga ros, pisau sabit, jam pasir dan bentuk hati di 4 penjuru tengkorak. Jam tangan Bell & Ross Burning Skull boleh didapati dalam edisi terhad 500 utas dan dapat menggembirakan peminat atau pengumpul jam tangan aneh.
KUASA MAJU KE HADAPAN

Oris Williams Engine “dikahwinkan” bersama kuasa Formula 1 dengan reka bentuk jam tangan teknikal. Koleksi Williams mencerminkan kelajuan, kuasa dan teknologi Formula 1. Berdiameter 42mm, case keluli tahan karat yang digilap kekal seperti koleksi sebelumnya, dengan dua dail menandakan satu anjakan dalam fokus pereka Oris berkembang mencipta jam lebih sporty dan lebih teknikal. Angka di landasan minit pada bahagian dail meniru panel instrument kereta Formula 1 Williams.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.










