Skip to content

TIP PEMILIHAN STRAP YANG BETUL UNTUK JAM TANGAN LELAKI

Kongsikan artikel ini

Jam tangan dan lelaki sukar untuk dipisahkan. Sekiranya wanita bergantung kepada barang kemas, jam tangan pula adalah aksesori utama buat sang lelaki. Namun, pemakaian jam tangan sering kali dianggap remeh khususnya buat kaum adam. Anggapan mereka, hanya sarungkan jam tersebut di pergelangan tangan, and they are good to go! Anda silap. Sebagai contoh, strap atau tali jam direka menggunakan bahan yang berbeza-beza. Yang pasti, tidak semua strap bersesuaian dengan suasana dan acara tertentu. Jadi, mana yang sesuai? GLAM Lelaki ada butirannya.

(Photo credit: fashionpria)

1. GETAH 

Strap yang diperbuat dari getah (rubber) sangat sesuai digunakan untuk kegiatan luar atau sukan. Ini kerana getah tidak menyerap peluh dan mengurangkan risiko jam tangan berbau. Namun, banyak lagi bahan yang perlu anda ambil tahu.

2. KANVAS

Strap kanvas lebih ringan dan agak berkain. Amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti kasual yang tidak berpeluh.

3. NYLON

Penggunaan hampir sama seperti strap kanvas, sangat sesuai untuk acara-acara kasual serta outing.

4. KULIT (LEATHER)

Pada dasarnya, ia sesuai digunakan pada acara formal, semi formal, namun tidak mengapa jika anda memakainya pada acara casual.

5. BESI (STAINLESS STEEL)

Ya, pemakaian strap besi wajib untuk acara formal. Namun uniknya, ia juga bisa dikenakan untuk acara kasual. Namun, dielakkan sewaktu aktiviti bersukan. Aktiviti luar serta sukan menuntut anda untuk bergerak bebas dan pantas. Besi kurang lentur dan tidak seperti getah, sedikit sebanyak ia akan memberi impak dalam rutin dan persembahan anda sewaktu bersukan. Malah, ia berat dan tidak selesa.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

Bacaan Lanjut
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA

Bacaan Lanjut