Skip to content

TUDOR LANCAR SIRI BLACK BAY CHRONO ‘FLAMINGO BLUE’

Kongsikan artikel ini

Sebelum Tudor melancarkan jam tangan baharu secara rasmi, Bintang Dunia, David Beckham telah dilihat di laman rasmi Instagram Tudor (@Tudorwatch) yang  mengayakan koleksi terbaru sehari sebelumnya dan disusuli Bintang Asia, Jay Chou.

Masing-masing dengan bergaya bergaya memperagakan Black Bay Chrono Flamingo Blue, yang mengangkat nuansa warna terang, galak tipikal South Beach, Miami menjadi nadi inpirasi.

Umum tahu bahawa flamingo adalah sejenis spesis burung yang berwarna merah jambu dan bukannya biru. Breaking convention has been the modus operandi of Tudor since the very beginning. Maka atas alasan inilah, siri Black Bay Chrono ini menjulang semangat berani dengan dail Flamingo Blue, yang dinamakan sempena ton biru biru yang begitu istimewa daripada flamingo perairan tropika yang terkenal dan memberikan suasana Pantai Selatan yang klasik.Seperti Black Bay Chrono Pink yang dikeluarkan pada 2024,  jam tangan ini adalah untuk lelaki yang berani tampil berbeza. Black Bay Chrono dijulang sebagai koleksi yang berani, walaupun sebelum warna dail baharu diperkenalkan. Sejak pelancaran pada tahun 1970 model Oysterdate, kronograf pertama TUDOR, jenama ini sentiasa menghasilkan jam tangan yang berkait rapat dengan dunia sukan permotoran. Sejak 1954, TUDOR juga sentiasa menambah baik jam tangan penyelam profesional. Model Black Bay Chrono menggabungkan tradisi ini dengan lancar dalam kronograf sukan, dengan sub-kaunter yang berbeza dan Kaliber Pembuatan automatik berprestasi tinggi, dengan pembinaan roda lajur dan klac menegak.

Ciri-ciri utama siri Black Bay Chrono adalah kemasan berus satin dan digilap, lug serong dan pada mahkotanya lengkap logo TUDOR disemat indah pada case keluli dengan diameter 41 milimeter. Bezel tetap dalam keluli tahan karat lengkap dengan sisipan skala tachymetric dalam aluminium anodis hitam melengkapkan rupa dan fungsi kronograf sporty. Ia didatangkan dengan gelang keluli tahan karat 5 pautan dengan pengancing pelarasan pantas TUDOR “T-fit”. Mudah digunakan, tidak memerlukan alat dan menawarkan lima kedudukan, sistem praktikal ini membolehkan pemakai melakukan pelarasan segera bagi jumlah panjang gelang sepanjang tingkap pelarasan 8mm. Kancing juga mempunyai galas bebola seramik yang memastikan penutupan yang licin dan selamat di samping menambah elemen sentuhan yang menyenangkan.

Spesifikasi Tudor Black Bay Chrono Flamingo Blue

Rujukan: 79360N

Case: Stainless steel berdiameter, 41mm tebal, 14.5 mm

Pergerakan: Manufacture Calibre MT5813, Automatik, rizab kuasa 70  jam, berfrekuansi 28,800 vph (4 Hz)

Kalis air: 200 meter

Pautan Berkaitan: DAVID BECKHAM DUTA KEMPEN TERBARU TUDOR #BORNTODARE

By Yusairi Fitri
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ALL EYES ON ROMEO BECKHAM PLEASE!

Bacaan Lanjut
6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK

6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK

Bacaan Lanjut
BOSS

KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 BOSS DI MILAN FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
Tudor Pelagos FXD

SEMANGAT PELAYARAN TUDOR PELAGOS FXD BERSAMA ALINGHI RED BULL RACING

Bacaan Lanjut

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2024

Bacaan Lanjut
DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

Bacaan Lanjut