VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Vacheron Constantin memperkayakan koleksi Overseas dengan dua interpretasi baharu. Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin: edisi emas merah jambu dengan paparan dail sepadan, serta edisi emas putih yang dipadankan dengan dail lakur burgundy. Kedua-duanya hadir dalam rekaan 41.5 mm dengan gelang emas 18K serta dua pilihan tali getah tambahan. Terinspirasi daripada Maltese cross iaitu lambang Maison. Koleksi Overseas menggabungkan elemen sporty dan keanggunan kasual. Mengekalkan legasi seni pembuatan jam (Haute Horlogerie) ultra-nipis yang menjadi identiti Vacheron Constantin sejak 1755.
VACHERON CONSTANTIN: OVERSEAS PERPETUAL CALENDAR ULTRA THIN
Model emas merah jambu tampil chic dengan dail satin sunburst. Manakala paparan fasa bulan emas yang disempurnakan dengan trek minit biru halus. Sementara itu, keanggunan dingin emas putih kontras dengan dail burgundy berkilat, lengkap dengan cakera fasa bulan serta angka putih yang menonjol. Tali getah pilihan burgundy atau putih pula memberi fleksibiliti gaya sama ada harmoni dengan rona dail atau seimbang dengan tona logam case.
Gaya halus dipadankan dengan kecanggihan teknikal hadir dalam pergerakan ultra-nipis, Calibre 1120 QP/1 buatan Vacheron Constantin. Mesin automatik ini menampilkan komplikasi kalendar kekal bersama paparan fasa bulan. Merupakan cabaran tertinggi dalam dunia horologi kerana ia perlu mengikut susunan bulan yang tidak seragam serta tahun lompat setiap empat tahun. Seperti komputer mekanikal miniatur, kalendar kekal ini mampu melaras secara automatik tanpa sebarang pembetulan sehingga tahun 2100. Dengan hanya setebal 4.05 mm, terdiri daripada 276 komponen dan 36 permata, ia berdetik pada 19,800 getaran sejam. Satu pencapaian seni kejuruteraan yang menzahirkan falsafah pembuatan jam.
Haute Horlogerie: Côtes de Genève
Bahagian belakang case sapphire telus memperlihatkan pemberat berayun emas 22K yang dihiasi dengan motif kompas, simbol semangat pengembaraan koleksi Overseas. Setiap perincian diperkemas dengan sentuhan Haute Horlogerie: Côtes de Genève, straight-graining, chamfering hingga circular-graining, menghasilkan permainan cahaya yang halus dan mempesona. Keaslian inilah yang menjadikan setiap jam tangan Vacheron Constantin bukan sekadar penunjuk masa, tetapi karya seni mekanikal yang dicipta dengan dedikasi pada kecantikan yang kekal abadi.
Satu Jam, 3 Gaya
Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin menyerlahkan keanggunan sporty yang versatil dengan sistem pertukaran tali jam tanpa alatan. Membolehkan peralihan pantas daripada gelang emas 18K yang penuh kehalusan kepada tarikan sporty-chic tali getah. Model emas merah jambu hadir dengan pilihan biru atau putih, manakala versi emas putih dipadankan dengan tali burgundy dan putih. Menjadikannya simbol gaya hidup moden yang menggabungkan kemewahan, keanggunan dan praktikaliti.
Artikel Berkaitan: PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GENERASI DIRAJA MALAYSIA BAHARU: 7 PUTERA YANG JADI IKON LELAKI
Di sebalik warisan dan tradisi diraja, putera generasi baharu negeri-negeri di Malaysia tampil dengan pesona tersendiri.
5 WATAK LELAKI TERHANGAT DALAM DRAMA, SEHEBAT THARIQ RIDZUWAN
Watak-watak lelaki dalam drama terbaru Malaysia kini cukup hangat dan menjadi perbualan ramai di media sosial.
MERDEKA WEEKEND ITINERARY: AKTIVITI WAJIB DI KL DAN SEKITARNYA
Raikan hujung minggu Merdeka dengan pertunjukan bunga api, perarakan, pameran seni, pop-up store dan aktiviti menarik di KL serta sekitarnya.
BUTIK BAHARU MONTBLANC BERKONSEPKAN NEO 4.0
Jenama mewah Montblanc baru sahaja melancarkan butik terbaharu mereka di The Gardens Mall, Kuala Lumpur dengan pengalaman lebih menarik.
7 CARA HILANGKAN KELEMUMUR LELAKI, RAMBUT TERUS SEGAR & BERSIH
Usah biar kelemumur jejaskan gaya dan keyakinan. Ini cara hilangkan kelemumur yang mudah dan praktikal untuk rambut bebas serpihan putih.
TOKOH KEMERDEKAAN: WIRA BANGSA YANG MENGUBAH SEJARAH
Ketahui tokoh kemerdekaan Malaysia yang berjuang menuntut kebebasan tanah air. Inspirasi wira bangsa ini kekal relevan untuk generasi kini.