Skip to content

Wanita Chronomat Breitling 03

Wanita Chronomat Breitling

Kongsikan artikel ini
1 of 4

Membayangi sorotan selebrasi Hari Wanita awal Mac lalu, Breitling merilis barisan Chronomat sulungnya untuk wanita selain mempersembahkan Skuad Spotlight. Perkenalan kempen serantau ini bertujuan untuk melangkaui stigma wanita konvensional lalu memperkasakan wanita masa kini dengan hala tujuan, tindakan serta gaya yang mampan.

Chosen, Not Given

Dirangka dari kreasi arloji era 80-an, perkenalan sulung barisan Chronomat khusus untuk wanita ini berpadanan dalam apa jua misi yang diharungi. Jam tangan garapan Breitling ini didedikasikan buat wanita yang inovatif di dalam merangka semula sikap serta stereotaip yang bergelumang dengan wanita konvensional.

Menerusi kempen, Chosen, Not Given, Breitling menvisikan inspirasi dari pemikiran progresif wanita yang berani, bersemangat lalu tidak gentar mendepani transformasi. Sekali gus, mewakili trend wanita yang semakin meningkat di Asia Tenggara. Di mana, terus dinamik membuat keputusan untuk mengatasi norma terdahulu.

Wanita Chronomat Breitling 04

Chosen, Not Given. Breitling menvisikan inspirasi dari pemikiran progresif wanita yang berani.

Memperlihatkan ketabahan yang tinggi lantas mencorakkan  gelombang dengan cara tersendiri, Breitling mempersembahkan tiga wanita menawan yang menyelubungi inti pati Chosen, Not Given. Yakni supermodel dan aktivis sosial Cindy Bishop asal Thailand, penyanyi merangkap usahawan Isabella Wong atau lebih mesra dikenali sebagai Bella Kuan mewakili Malaysia. Terakhir sekali, wakesurfer merangkap penguasaha kosmetik Cassandra Tan dari Singapura.

1 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

Bacaan Lanjut
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA

Bacaan Lanjut