Medan Fesyen Baru
INDUSTRI FESYEN LELAKI KIAN BERKEMBANG MEKAR. SUATU REVOLUSI YANG AMAT MEMBANGGAKAN. SEMAKIN BANYAK LABEL FESYEN KHUSUS LELAKI BARU TURUT DIPERKENALKAN. TAK KURANG JUGA VARIASI ACARA FESYEN SERTA MEDIUM BARU YANG BERTINDAK SEBAGAI RUJUKAN FESYEN LELAKI. LANTAS MENGUBAH PELAYARAN DALAM HAL BERGAYA LELAKI MASA KINI.
oleh Johan Kassim

Medan fesyen baru: pelakon Idris Elba di Met Gala 2016, Taylor Lautner dan Jared Leto di ComicCon baru-baru ini, Alexander Skarsgård menghadiri CFDA Awards 2016, dan Jude Law bersama teman di Wimbledon 2016.
Kalau diperhatikan betul-betul, industri fesyen lelaki dah banyak berubah. Pelbagai fesyen dan jenama lelaki telah diperkenalkan. Acara fesyen khusus lelaki semakin giat dianjurkan. Minggu fesyen antarabangsa kian mendapat sambutan menggalakkan. Saban musim, ada sahaja trend fesyen lelaki baru dipertaruhkan. Pendek kata, fesyen lelaki tak pernah suram atau tenggelam. Semakin bersinar megah ada lah. Golongan lelaki termasuk lokal dan antarabangsa pun dah berani mencuba gaya baru. Apa sahaja trend fesyen lelaki baru diterima dengan hati terbuka. Terima kasih kepada semua yang semakin menerima, positif dan berfikiran terbuka mengenai fesyen.
Lebih kurang, tujuh tahun lalu gaya jalanan menerima sambutan dan menjadi perhatian ramai. Variasi gaya jalanan yang dirakam oleh jurugambar jalanan profesional seperti Scott Schuman a.k.a The Sartorialist, Phil Oh, Tommy Ton, Yvan Rodic dan Adam Katz Sinding melalui blog peribadi mereka menjadi perhatian umum. Dan secara tak langsung, ia mengubah pandangan, persepsi serta mencipta fenomena baru terhadap dunia fesyen dan fotografi. Masih ingat lagi, semasa sedang menuntut di universiti, blog-blog merekalah menjadi peneman saya kala senggang. Galeri foto yang ditampilkan benar-benar menginspirasikan saya.
Selain aspek fotografi menjadi ikutan, trend dan stail suai padan dipaparkan oleh kelompok fesyen menerusi rakaman imej para jurugambar tersebut berperanan sebagai rujukan stail. Pengikut fesyen dan generasi muda mula belajar tentang teknik suai padan pakaian dan aksesori melalui gaya jalanan. Seterusnya, muncul pula medium fesyen baru lain seperti Tumblr, Facebook, Instagram dan Snapchat. Keupayaan kesemua media sosial tersebut meningkatkan industri fesyen tak usah dipertikaikan lagi. Disebabkan keberadaan pengisian tersebutlah, bisnes fesyen berkembang pesat. Banyak laman fesyen baru yang menjual pakaian, aksesori dan item fesyen lain.
Rujukan fesyen lelaki tak terhenti setakat itu. Pelbagai acara-acara baru dianjurkan yang secara tak langsung bertindak sebagai medan fesyen baru. Misalnya, majlis CFDA/VOGUE, konvensyen Comic-Con, MET Gala, acara ESPY Awards, acara Wimbledon, Fashion’s Night Out, festival filem Cannes dam banyak lagi. Kesemua acara tersebut tak lagi mengulas tentang filem, sukan dan hiburan sahaja. Terkini, stail dan keterampilan para selebriti, personaliti, ahli sukan, sosialit dan tetamu hadir menerima liputan meluas. Satu per satu stail tetamu dikupas dan bagi orang biasa seperti saya nak tahu label dan stail fesyen apakah dipakai oleh mereka. Ia memberi kesan yang cukup kuat. Deretan gaya dipersembahkan oleh setiap selebriti menjadi rujukan juga mencuit rasa segar terhadap lapangan fesyen lelaki. It’s like there is always something new to look forward to.
Siapa sangka acara Wimbledon yang dulu hanya tentang permainan tenis dan pertarungan siapakah bakal bergelar juara dunia, kini telah berubah sebagai medan fesyen baru. Di acara Wimbeldon 2016 berlangsung baru ini, selebriti seperti David Beckham, Beyonce, Bradley Cooper, Benedict Cumberbatch dan Suki Waterhouse tegar menjadi buruan lensa kamera. Ia disebabkan permintaan tinggi dari orang luar yang ingin tahu stail apa dipakai oleh mereka. Pengikut fesyen khasnya, ingin mendekati sut apakah disarung oleh pelakon-pelakon lelaki tersebut. Lebih mengagumkan, stail anak-anak David Beckham yakni Cruz dan Romeo Beckham turut meraih perhatian.
Seperti di festival filem Cannes dan konvensyen Comic-Con, gaya para selebriti A-list seperti Jared Leto, Chris Pine, Henry Cavill dan Rami Malek pula dijulang tinggi. Para pelakon ini menyampaikan selera baru. Tidak mustahil untuk saya menyifatkan yang barisan pelakon tersebut sedikit sebanyak membentuk cara pemikiran, gaya hidup hingga apa yang di gerobok mereka mahu kita tiru. Tanpa ragu, dengan anjuran majlis-majlis seperti ini ia membawa satu nafas baru buat peminat fesyen. Harapnya, dengan pembaharuan tersebut ia dapat meningkatkan industri fesyen lelaki ke peringkat lebih membanggakan.
Mengupas budaya selebriti dan trend gaya hidup masa kini
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN
Pengalaman multi-sensori terbaharu, Gentle Monster lebarkan empayar fesyen di Suria KLCC dengan membawakan 'Veggie Collection' Jun ini.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.










