SEMBANG BERSAMA… EARL BAMBER, PELUMBA KERETA PROFESIONAL
PUSAT SENAMAN CHI FITNESS, BSC MENGANJURKAN SESI BERSENAM BERSAMA EARL BAMBAR, PELUMBA KERETA PROFESIONAL YANG BERLANGSUNG SECARA EKSKLUSIF BERSAMA MEDIA. SEBELUM SESI LATIHAN BERMULA, GLAM LELAKI SEMPAT DUDUK BERBUAL DENGAN EARL BAMBER TENTANG KARIERNYA SEBAGAI PELUMBA KERETA PROFESIONAL SERTA TIP MENJAGA KESIHATAN BADAN.
PERKARA YANG DIPELAJARI SEPANJANG BERGELAR BINTANG SUKAN BERMOTOR?
Setelah beberapa tahun melibatkan diri dalam industri sukan bermotor, apa yang saya pelajari ialah minat merupakan faktor terpenting. Kita mesti ‘enjoy’ melakukan sesuatu itu. Saya bertuah sebab punya minat mendalam terhadap melumba kereta, maka itulah saya melakukan sepenuh hati kala berlatih dan bertanding. Apa pun yang kita kerjakan haruslah berlandaskan minat.
PERSEDIAAN SEBELUM SESUATU PERLUMBAAN?
Jangan terlalu banyak berfikir. Pastikan persediaan dari sudut fizikal dan mental mencukupi. Lakukan rejim senaman yang akan membuatkan badan anda lebih bersedia untuk berjuang dalam sesuatu perlumbaan. Selain itu, saya juga akan pastikan minda saya bebas daripada segalanya agar lebih tenang.
REJIM SENAMAN KEGEMARAN?
Secara peribadi, saya gemar melakukan aktiviti berlari, renang dan menunggang ‘mountain bike’. Aktiviti-aktiviti ini memastikan badan saya sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat selalu.
HOW DO YOU RELAX?
Kebanyakkan masa saya dipenuhi dengan melakukan latihan melumba kereta dan sebagainya. Oleh itu, jika ada masa lapang, saya lebih gemar hanya duduk di rumah dengan melakukan aktiviti memasak atau mengemas rumah. It’s just nice to stay at home. Ia sungguh relaks.
TIP GROOMING?
Saya hanya gemar memakai haruman yang sama selama beberapa tahun. Dan buat masa ini, saya sering memakai Dior Homme Sports. Oh ya, pastikan juga bawa seluar dalam dan stoking tambahan sekiranya pergi ‘travelling’.
Teks: Johan Kassim
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.












