5 PERSAMAAN ZAYN MALIK DAN GIGI HADID YANG TIDAK SEMUA TAHU
Siapa yang tidak mengenali dengan pasangan selebriti muda yang kini semakin dikenali ramai, iaitu Zayn Malik dan juga Gigi Hadid. Kedua-dua merpati sejoli ini sering menjadi pilihan media-media antarabangsa untuk dijadikan liputan dek keserasian serta personaliti mereka yang disenangi ramai.
Zayn yang mula dikenali sejak menganggotai kumpulan pop popular One Direction dan kini tampil solo telah berjaya melonjakkan namanya dalam persada hiburan Hollywood. Manakala Gigi Hadid pula adalah model on demand masa kini di mana sentiasa menjadi pilihan-pilihan utama pereka fesyen terkemuka dunia untuk berjalan di fashion show mereka. Seperti ditakdirkan bersama, padanlah mereka serasi. Rupa-rupanya banyak persamaan antara mereka yang tidak ramai yanh tahu. GL senaraikan 5 persamaan mereka yang harus anda tahu.
1. BUKAN NAMA SEBENAR
Kebanyakkan selebriti memang tidak menggunakan nama asal mereka as a stage name. Ya, ini menjadi persaman pertama antara Gigi Hadid dan Zayn Malik. Nama asal Gigi Hadid adalah Jelena Noura Hadid, manakala Zayn adalah Zain Javadd Malik. Wah, talking about meant to be!
2. KEDUA-DUANYA BERDARAH CAMPURAN
Siapa menyangka, Gigi Hadid dan Zayn Malik sama-sama berdarah campuran. Gigi Hadid lahir dari perkongsian hidup Mohamed Hadid dan Yolanda Foster, di mana kedua mereka berasal daripada Palestin dan Dutch. Sementara itu, ayah Zayn, Yaser Malik merupakan British Pakistan, manakala ibunya, yang bernama Tricia berketurunan Inggeris.
3. MEMILIKI KELUARGA BESAR
Ya, persamaan yang cukup ketara. Zayn dan Gigi juga sama-sama berasal dari keluarga yang besar. Dan lebih mengagumkan, kedua-dua mereka tinggal berdekatan dengan keluarga masing-masing.
4. BERZODIAK BUMI
Dipercayai ada tiga zodiak yang melambangkan bumi, iaiti Capricorn, Taurus dan Virgo. Zayn lahir pada 12 Januari dan berzodiak Capricorn, manakala Gigi pula berzodiak Taurus, lahir pada 23 April. Berdasarkan Astrology.com, pasangan yang lahir di antara-antara tiga zodiak ini sering kali dianggap sensual, setia dan mudah didekati. Walaupun adakalanya dianggap degil, memandangkan mereka berdua kini bersama padanlah mereka serasi bersama.
5. KEDUA-DUANYA BERDARAH ISLAM
Kami tidak mahu menyentuh soal rutin dan ritual harian mereka, namun yang pasti mereka berdua berdarah Islam. Ayah Zayn Malik, warga Palenstin dan ayah Gigi, Mohammed Hadid seorang pemeluk agama Islam. Hmmm..
Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 STAIL TERHANGAT SELEBRITI DI CFDA FASHION AWARDS 2023
Karpet merah CFDA Fashion Awards tahun ini bersinar dengan kehadiran para tetamu dalam persalinan moden, segak dan memukau mata.
15 SEGAK DAN ANGGUN DI LACMA ART + FILM GALA 2023
Dengan debut koleksi eveningwear Gucci Ancora Notte rekaan pengarah kreatif baharu Sabato De Sarno, LACMA Art + Film Gala tahun ini lebih bergaya daripada biasa.
H&M DENGAN RABANNE UMUM KERJASAMA CIPTA HELAIAN INSPIRASI DISKO 70-AN
Khabar angin itu benar! H&M bekerjasama dengan Rabanne untuk mengeluarkan koleksi yang meraikan glamour yang bersahaja sesuai untuk lelaki mahupun wanita!
“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS
Jenama gaya hidup berinspirasikan sukan FILA melancarkan Koleksi FILA x Smiley® yang riang dan ceria untuk dipadankan suasana cerah musim ini.
RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI
Peminat fanatik Beyonce akan berpeluang menonton RENAISSANCE: FILEM BY BEYONCE yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA
Daripada menunggu lamaran cinta hati, barisan selebriti ini memilih untuk mengabaikan gelaran 'perigi cari timba' dan melamar lelaki idaman.