PENGHORMATAN NAMA SERANGGA BUAT TRUMP
Beberapa hari saja lagi, Donald Trump bakal duduk di kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS) secara rasminya. Walaupun perlantikannya itu mendapat respon berbagi daripada rakyat US khususnya, Trump dilihat tidak pernah melatah. Dan terbaru, nama Trump kembali tular apabila beliau menerima penghormatan daripada seorang saintis apabila nama beliau digunakan untuk satu spesies baharu seekor serangga. Biar betul!

Neopalpa donaldtrumpi merupakan nama siantifik yang diberikan kepada spesies serangga yang baru ditemui selepas rupa mahkluk itu jelas kelihatan seperti figura ahli politik tersebut. Serangga berkenaan kelihatan memiliki ‘mahkota’ berwarna perang menyamai bentuk rambut Trump selain bentuk mata yang sama. Serangga tersebut ditemukan di California Selatan di AS dan Baja California di Mecixo dan dikhabarkan semakin pupus.

Rupa mahkluk ini yang jelas kelihatan seperti figura ahli politik Donald Trump
Pakar biologi, Dr Vazrick Nazari yang menemukan serangga berkenaan menceritakan penemuan itu menerusi jurnal terbaharunya, Zookeys. Menurut beliau, pemilihan nama Trump dibuat dengan harapan dapat menarik perhatian umum tentang keunikan spesies terbabit. Jelasnya lagi dalam temubual tersebut, “Nama Trump mungkin dapat menyelamatkan habitat spesies itu menerusi usaha pemuliharaan secara serius,” katanya.
Sebelum ini, bekas presiden US, iaitu Obama pernah juga dinamakan untuk seekor ikan dan buat pengetahuan, sebanyak 9 nama makhluk semulajadi dikaitkan dengan Obama. (Sumber: telegraph.co)
Oleh Wan Mohd Firdaus, 18 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
LELAKI DAN PERUBAHAN: MENYEIMBANGKAN KEJAYAAN & KESIHATAN MENTAL
Keseimbangan dalam kejayaan dan kesihatan mental buat lelaki amat penting lebih-lebih lagi apabila ia dipandang kecil oleh masyarakat.
GROOMING LELAKI PALING ‘ON POINT’ DI KLFW 25
Grooming lelaki paling ‘on point’ di KLFW 25, dengan sentuhan fesyen, dandanan rapi & pesona maskulin yang mencuri perhatian sepanjang KLFW.
5 CARA EFEKTIF MENGHILANGKAN KULIT KUSAM UNTUK LELAKI
Ketahui lima cara mudah dan berkesan untuk lelaki menghilangkan kulit kusam dan mendapatkan kulit yang lebih segar serta sihat.











