15 FAKTA MENARIK MENGENAI HARRY STYLES
Bakal memegang peranan besar dalam filem arahan Olivia Wilde.
Dua tahun lalu Harry dipilih untuk menggantikan pelakon kontroversi, Shia LaBeouf untuk filem terbaharu Olivia, Don’t Worry Darling. Dalam filem itu dia memainkan watak Jack, suami kepada karakter Florence Pugh. Bintang hebat lain seperti Chris Pine dan Nick Kroll juga akan tampil dalam filem itu.
Pernah menulis lagu untuk artis popular termasuk Ariana Grande.
Harry menjadi penulis bersama untuk lagu Just a Litte Bit of Your Heart, khas untuk Ariana membuat persembahan. Pada 2014, Ariana memberitahu MTV bahawa dia berasa ingin menangis kegembiraan apabila mendengar lagu tersebut buat kali pertama. Ia tersenarai dalam album penyanyi itu, My Everything. Harry juga menulis lagu balada romantis, Someday bersama Meghan Trainor yang ditampilkan dalam album Michael Buble pada 2016.
Mencipta sejarah Vogue.
Dua tahun lalu Harry menjadi penghias kulit majalah Vogue edisi Disember dan mencipta sejarah sebagai lelaki pertama yang membuat penampilan solo pada kulit majalah Amerika. Untuk penggambaran tersebut, dia menyarung dress biru muda dipadankan bersama blazer hitam, penampilan yang membuktikan obsesinya pada fesyen. “Bereksprimen dengan pakaian menerbitkan keseronokan yang tidak terhingga,” katanya kepada majalah itu.

Foto: Tyler Mitchell/Vogue
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: IDAN AEDAN
GLAM Lelaki bawakan pelakon muda yang bawa nama hingga keluar negara, Idan Aedan sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT
Lelaki tinggi mempunyai kelebihan tersendiri dalam menggayakan diri sendiri jika mereka dapat panduan yang betul.
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.











