15 FAKTA MENARIK MENGENAI HARRY STYLES
Minatnya dalam bidang fesyen bermula selepas membuat persembahan pertama di sekolah.
Harry mendedahkan kepada Vogue, dia suka bergaya semasa kecil. Dalam persembahan pertamanya di sekolah, dia mendapat watak sebagai Barney, seekor tikus dan menikmati setiap saat menyarung kostum.
“Saya masih kanak-kanak pada waktu itu dan diminta memakai sarung kaki. Saya masih ingat, ia terasa begitu janggal sekali. Dan mungkin dari situlah segalanya bermula!”
Mempunyai lebih 40 tatu termasuk simbol ikan duyung di lengannya.
Foto: YouTube
Menurut Ranker, koleksi tatu di tubuhnya kini melebihi 40. Antara yang jelas kelihatan adalah ikan duyung di lengan kiri, sepasang burung di dada, dan tahun kelahiran ibu bapanya di tulang selangka.
Harry dan Ed Sheeran memiliki tatu sepadan.
Penyanyi Afterglow ini memberitahu MTV pada 2013 bahawa dia dan Harry mempunyai tatu sepadan, serta pernah mencacah tatu di tubuh Harry sebelum ini. Mereka berdua telah mengenali satu sama lain selama bertahun-tahun, malah Ed pernah menjadi penulis bersama untuk beberapa lagu hit One Direction termasuk Little Things dan Moments.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: IDAN AEDAN
GLAM Lelaki bawakan pelakon muda yang bawa nama hingga keluar negara, Idan Aedan sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT
Lelaki tinggi mempunyai kelebihan tersendiri dalam menggayakan diri sendiri jika mereka dapat panduan yang betul.
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.











