Skip to content

5 BARANG IKONIK FREDDIE MERCURY YANG DIBIDA PADA HARGA TERTINGGI

5 BARANG IKONIK FREDDIE MERCURY YANG DIBIDA PADA HARGA TERTINGGI

Kongsikan artikel ini

Lebih 30,000 barangan peribadi mendiang vokalis Queen, Freddie Mercury berjaya dijual dalam beberapa acara lelong yang berlangsung baru-baru ini.

Koleksi memorabilia ini dimiliki tunang Freddie Mercury, Mary Austin dan diwariskan kepadanya menerusi wasiat yang ditulis penyanyi itu sebelum kematiannya pada 1991.

“Selama bertahun-tahun, saya menikmati kebahagiaan dan keistimewaan dengan hidup dikelilingi barang kesayangan Freddie. Tapi tahun-tahun itu telah berlalu.

“Kini tiba masa saya mengambil keputusan sukar dengan menutup bab yang sangat istimewa dalam hidup saya ini,” jelasnya dalam satu siaran media pada bulan Jun.

Enam sesi lelongan itu berlangsung dalam tempoh seminggu dan menampilkan beberapa tema seperti ‘barangan pentas’ hingga ‘koleksi seni Jepun’, menurut Sotheby’s. Hasil jualan yang terkumpul adalah melebihi RM236 juta.

Berikut lima barang paling ikonik milik Freddie Mercury yang menjadi rebutan pengumpul seni.

Sikat mini perak Tiffany & Co. yang digunakan ikon muzik itu untuk merapi misainya dibida pada harga RM886,694. Ia dianggarkan terjual hanya pada harga RM4,120 hingga RM5,035.

5 BARANG IKONIK FREDDIE MERCURY YANG DIBIDA PADA HARGA TERTINGGI

Foto: Getty Images

 

Piano Yamaha G2 kesayangan Freddie Mercury berjaya dijual melebihi harga RM10.03 juta. Ia dibelinya sekitar harga RM5,757 dan digunakan untuk menggubah beberapa lagu popular Queen termasuk Bohemian Rhapsody.

5 BARANG IKONIK FREDDIE MERCURY YANG DIBIDA PADA HARGA TERTINGGI

Foto: Getty Images

 

Jubah dan mahkota ikonik yang dipakainya sepanjang The Magic Tour pada 1986 menjadi milik penganjur pameran Brazil, Rafael Reisman pada harga RM3.66 juta.

Menurut Sotheby’s, kedua-duanya dihasilkan oleh pereka kostum yang juga rakannya, Diana Moseley. Dia diberi tempoh hanya seminggu untuk menyiapkannya.

5 BARANG IKONIK FREDDIE MERCURY YANG DIBIDA PADA HARGA TERTINGGI

Foto: Getty Images

 

Draf awal lagu Bohemian Rhapsody yang ditulis menggunakan pensel di atas kertas milik syarikat penerbangan British dibeli pada harga melebihi RM7.94 juta.

Di situ dapat dilihat bahawa Freddie Mercury mempertimbangkan untuk menamakan lagu itu Mongolian Rhapsody. Dia akhirnya memadam perkataan ‘Mongolian’ dan menggantikannya dengan ‘Bohemian’.

Foto: Sotheby’s

 

Gelang perak berbentuk ular yang dipakai penyanyi-komposer itu dalam video Bohemian Rhapsody berjaya dilelong pada harga RM4.05 juta. Dia juga pernah dilihat menggayakannya dalam beberapa acara awam berbeza.

Foto: Getty Images

 

Foto: Artnet News

Pautan berkaitan: LAGU FREDDIE MERCURY YANG HILANG SELAMA TIGA DEKAD BAKAL DILANCARKAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

OPPENHEIMER DIISYTIHAR FILEM BIOPIK PALING BERJAYA DALAM SEJARAH

OPPENHEIMER DIISYTIHAR FILEM BIOPIK PALING BERJAYA DALAM SEJARAH

Bacaan Lanjut
5 BARANG IKONIK FREDDIE MERCURY YANG DIBIDA PADA HARGA TERTINGGI

KOLEKSI MEMORABILIA FREDDIE MERCURY DILELONG TIGA DEKAD SELEPAS KEMATIANNYA

Bacaan Lanjut
10 PENYANYI IKONIK INI TIDAK PERNAH MEMENANGI ALBUM TERBAIK GRAMMY

10 PENYANYI IKONIK INI TIDAK PERNAH MEMENANGI ALBUM TERBAIK GRAMMY

Bacaan Lanjut
CELINE DION DIPINGGIR DARIPADA SENARAI PENYANYI TERHEBAT SEPANJANG MASA

CELINE DION DIPINGGIR DARIPADA SENARAI PENYANYI TERHEBAT SEPANJANG MASA

Bacaan Lanjut
LAGU FREDDIE MERCURY YANG HILANG SELAMA TIGA DEKAD BAKAL DILANCARKAN

LAGU FREDDIE MERCURY YANG HILANG SELAMA TIGA DEKAD BAKAL DILANCARKAN

Bacaan Lanjut

BOSS LEGEND SERIES, INSPIRASI GAYA FREDDIE MERCURY

Bacaan Lanjut