5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Kebanyakan selebriti di Hollywood tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, ini bukanlah satu rahsia lagi.
Tetapi ia bukanlah isu besar memandangkan tiada ijazah diperlukan untuk selebriti mencipta nama dan berjaya dalam industri seni. Namun masih ada antara mereka yang menganggap pendidikan di peringat tertinggi sebagai keutamaan hidup.
Siapakah selebriti lelaki Hollywood yang pernah menjejak kaki ke universiti berprestij Harvard?
1. Matt Damon
Pelakon Jason Bourne ini mendedahkan dia perlu menulis skrip untuk satu babak teater sebagai projek kelas pada tahun kelima di Harvard, namun ‘terlajak langkah’ sehingga menyiapkan skrip untuk satu filem. Dia kemudian menyerahkan draf tersebut untuk filem Good Will Hunting.
“Pada hujung semester, saya serahkan dokumen 40 halaman itu kepada profesor dan berkata, ‘Okey, saya mungkin gagal dalam kelas anda tetapi ini titik permulaan kepada sesuatu dalam jangka masa panjang,’” katanya. Ternyata ia membuahkan hasil dan dia menerima anugerah Academy untuk filem tersebut.

Foto: Getty Images
2. LL Cool J
Pada November 2017, penyanyi rap dan pelakon terkenal ini membuat pengumuman di Instagram bahawa dia berjaya menamatkan program Business of Entertainment, Media, and Sports di Harvard. Dia menggambarkan kejayaan tersebut sebagai pengalaman yang mengubah hidup dan sempat berseloroh dengan memberi shoutout istimewa kepada salah seorang profesornya yang digelar ‘samseng’.

Foto: Getty Images
3. Tommy Lee Jones
Pelakon Wander ini juga pernah bergelar pelajar Harvard sewaktu muda. Dia mendapat tajaan biasiswa dan aktif bermain bola sepak untuk pasukan Harvard. Malah aktor veteran Hollywood ini merupakan teman sebilik bekas naib presiden Amerika Syarikat, Albert Arnold Gore Jr. Jones yang merupakan salah seorang pelajar terbaik menamatkan pengajian dengan kepujian dalam ijazah sarjana muda jurusan bahasa Inggeris.

Foto: Getty Images
4. B. J. Novak
Pelakon The Office ini merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam jurusan sesusasteraan bahasa Inggeris dan Sepanyol pada 2001. Sewaktu wawancara bersama FM, dia ditanya apakah jurusan yang ingin dipelajarinya ketika di Harvard.
“Saya ingin lakukan apa yang telah lakukan iaitu belajar sastera, meraih pengetahuan akademik sebanyak boleh dan menggunakannya untuk apa jua tujuan yang saya mahukan. Apabila pergi ke restoran kita selalu tertanya, ‘Apa menu terbaik di sini?’. Sama juga bila saya jejakkan kaki ke Harvard, saya bertanya pada diri sendiri, ‘ Jurusan apa yang terbaik di sini?’” jawabnya.

Foto: Getty Images
5. Conan O’Brien
Pengacara popular ini menjejakkan kaki ke Harvard buat kali pertama pada 1981, lebih 40 tahun lalu. Empat tahun kemudian, dia menamatkan pengajian dengan kepujian tinggi dalam ijazah sarjana muda jurusan sejarah dan kesusasteraan.

Foto: AP
Foto: GQ/Peter Yang
Pautan berkaitan: SELEBRITI LELAKI POPULAR YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN SLAVIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU
Taylor Zakhar Perez tampil bergaya di hadapan lensa dengan hanya mengenakan Lacoste minimalist boxer briefs. Oh...hangat!