Skip to content

5 BINTANG ROCK PALING KAYA DI DUNIA PADA 2024

5 BINTANG ROCK PALING KAYA DI DUNIA PADA 2024

Kongsikan artikel ini

Mungkin ada di kalangan anda tidak tahu, terdapat beberapa penyanyi rock tersohor dunia yang kini bernilai satu bilion dolar.

Segelintir pencinta muzik berpendapat industri rock tidak segah dahulu. Namun bagi beberapa penyanyi, tuah tetap menyebelahi. Mereka masih mampu menghangatkan pentas dunia dan melakukan jelajah kembara secara besar-besaran, sehingga berjaya mencipta nama sebagai antara penyanyi berpendapatan tertinggi di dunia.

GL kongsikan lima daripada barisan artis rock terkaya pada tahun ini

 

5. Sting, USD550 juta (RM2.31 bilion)

Foto: Getty Images

Pemilik nama Gordon Sumner ini mencipta nama sebagai penyanyi, penulis lagu dan pemain bass kumpulan Police pada 1977 hingga 1984. Setelah meniti populariti, dia memulakan kerjaya solonya.

Sting memikat hati pencinta muzik dengan lagu daripada pelbagai genre seperti rock, punk, ska, reggae dan jazz. Akuinya dia tidak akan berada dalam senarai terkaya untuk jangka masa lama kerana merancang untuk membelanjakan seluruh hartanya agar tidak ‘membebankan’ hidup anak-anaknya kelak.

 

4. Elton John, USD650 juta (RM2.73 bilion)

Foto: Getty Images

Penyanyi Inggeris ini bukan saja terkenal dengan bakat nyanyian dan menulis lagu, malah juga bermain piano. Merupakan salah seorang artis paling berjaya sepanjang zaman, dia telah menjual lebih 300 juta album sehingga kini. Itu sudah mencukupi untuk menjadikannya artis kelima paling laris dalam sejarah moden selepas Madonna, Michael Jackson, Elvis Presley dan The Beatles.

Elton mungkin akan bersara selepas konsert jelajah dunia terakhir, namun nampaknya dia tidak perlu risau tentang kewangannya yang mungkin tidak akan habis sehingga tujuh keturunan.

 

2. Bono, USD700 juta (RM2.94 bilion)

Foto: AP

Bono merupakan salah seorang penyanyi rock kesayangan dunia. Dia bermula dengan kumpulan U2 pada usia 16 tahun dan terus mencipta nama sejak saat itu. Dengan jumlah hartanya, bapa kepada aktres Eve Hewson ini disenaraikan sebagai pemuzik paling kaya di Ireland.

Bagaimanapun sumber kekayaannya adalah hasil pelaburan besarnya sebanyak RM365 juta di Facebook melalui syarikat Elevation Partners. Aset terbesar miliknya adalah dua rumah agam, Airbus A310 peribadi, dan kapal layar seluas 140 kaki bernilai kira-kira RM122 juta.

Bono pernah menerima anugerah kesatria daripada Ratu Elizabeth II di atas pencapaiannya dalam bidang muzik dan usahanya memerangi kemiskinan.

 

3. Bruce Springsteen, USD1.1 bilion (RM4.62 bilion)

Foto: WireImage

Penyanyi dan penulis lagu terkenal, Bruce Springsteen dilahirkan dan dibesarkan di New Jersey. Dia memulakan kerjaya dalam bidang muzik dan belajar bermain gitar pada usia remaja.

Walaupun kaya-raya, Bruce masih mengekalkan sikap merendah diri. Tidak pernah melupai asal usul, sehingga kini dia masih menyanyi dan menulis lagu yang berkaitan dengan isu kelas pertengahan di Amerika. Melalui hasil kerjanya, Bruce dikurnia lebih 20 anugerah Grammy dan beberapa anugerah lain dari serata dunia.

 

1. Paul McCartney, USD1.2 bilon (RM5.05 bilion)

Foto: Mary McCartney

Penyanyi berusia 82 tahun ini merupakan ahli kumpulan Beatles paling berjaya. Dia juga bergelar salah seorang komposer dan pemuzik tersohor dalam sejarah dunia. Sejak berpecah daripada The Beatles, dia melancarkan enam cakera emas dan terjual lebih daripada 100 juta single.

Jika tidak sibuk dengan aktiviti Red Cross atau PETA, Paul biasanya akan menghabiskan masa di salah sebuah daripada empat kediaman miliknya. Antaranya adalah rumah zaman kanak-kanaknya di London dan rumah agam Peasmarsh, terletak di estet seluas 1,500 ekar di Sussex. Dia juga sering dilihat memandu kenderaan vintaj di sekeliling kawasan perumahan. Kegemarannya? Lamborghini 400 GT dan Aston Martin D36.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: 10 ATLET OLIMPIK MIRIP PEMPENGARUH & SELEBRITI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JEREMY ALLEN WHITE BAKAL TERAJUI FILEM BIOPIK BRUCE SPRINGSTEEN

JEREMY ALLEN WHITE BAKAL TERAJUI FILEM BIOPIK BRUCE SPRINGSTEEN

Bacaan Lanjut
25 LAGU YANG PALING LARIS SEPANJANG ZAMAN

25 LAGU YANG PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut

10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2022 [UPDATED]

Bacaan Lanjut
SELEPAS 50 TAHUN, PAUL MCCARTNEY DEDAH DALANG PEMBUBARAN KUMPULAN THE BEATLES

SELEPAS 50 TAHUN, PAUL MCCARTNEY DEDAH DALANG DI SEBALIK PEMBUBARAN THE BEATLES

Bacaan Lanjut
5 BINTANG ROCK TERKAYA SEPANJANG ZAMAN

5 BINTANG ROCK TERKAYA SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut

Festival Glastonbury 2021 Dibatalkan

Bacaan Lanjut