Puteri Isabella bukan sahaja mewarisi cita rasa berfesyen daripada neneknya tetapi juga ibunya. Awal tahun ini, puteri Denmark itu dirakam menyarung blazer putih elegan bersama celana sedondon. Menurut People, pakaian itu pernah digayakan ibunya sewaktu mengadakan lawatan ke Sweden pada 2017.
King Frederik X ditabalkan sebagai Raja Denmark baharu selepas bondanya, Ratu Margrethe II melepaskan takhta selepas 52 tahun menjadi Ketua Negara Denmark.