5 PELAKON HOLLYWOOD INI PERNAH BERNIAT UNTUK BERSARA
Sama seperti kita, selebriti juga pernah berniat untuk berhenti kerja. Lima bintang terkenal ini pernah terfikir untuk bersara daripada dunia lakonan, mujurlah akhirnya mereka membuat keputusan tepat!
Chris Hemsworth
Pelakon Men In Black: International ini mengaku hampir bersara daripada dunia lakonan kerana bergelut dengan tawaran selepas membintangi Star Trek pada 2009. “Saya berasa sangat risau sehinggakan saya tidak boleh manfaatkan tenaga yang ada untuk mencari kerja,” katanya kepada Men’s Health Australia pada 2019. Dia kemudian temui ketenangan apabila mula menjadi diri sendiri. “Dari situlah semuanya berubah. Saya rasa lebih gembira.” Chris terus membintangi filem berprofil tinggi selepas itu antaranya Thor, Ghostbusters dan Bad Times at the El Royale.

Foto: Evan Agostini/Invision/AP/Shutterstock
Henry Cavill
Henry akan selamanya dikenali sebagai Superman, namun itu tidak akan terjadi jika dia mendengar kata hatinya untuk berhenti berlakon. “Saya bersyukur kerana pada tahap ini, saya sudah pun melangkah melepasi pintu. Jadi jika sesiapa cuba menutup pintu (peluang), masih ada ruang untuk saya selit masuk ke dalam dan pastikan pintu terbuka,” katanya kepada Men’s Journal pada 2016. Pelan B Henry pada waktu itu adalah untuk menyertai pasukan tentera British. “Tetapi pada usia 33 sekarang, rasanya saya sudah terlalu tua untuk sertainya.”

Foto: Shutterstock
Robert Pattinson
Bintang Tenet ini tekad untuk berhenti berlakon selepas melalui sesi uji bakat yang teruk, yang kemudiannya membuatkan namanya meletup dan menjadi watak kegemaran ramai dalam filem Twilight. “Ia merupakan antara uji bakat paling teruk yang pernah saya lakukan sepanjang hidup. Masih ingat lagi ketika saya menghubungi ibu bapa saya dan berkata, ‘Cukuplah. Saya tak boleh seksa diri saya lagi,’” ujarnya ketika podcast Hollywood Foreign Press Association pada 2019. Keesokan harinya, dia ditawarkan untuk memegang watak utama dalam filem tersebut.

Foto: Michael Hurcomb/Shutterstock
John Krasinski
Penerbit filem The Quiet Place ini hampir-hampir berhenti berlakon sebelum menerima tawaran hebat untuk The Office. Ketika dia sudah membuat keputusan untuk melupakan impiannya sebagai pelakon, ibunya berpesan, “tunggu dulu” dan “tunggu sampai hujung tahun.” Itulah yang dilakukannya dan tiga minggu selepas perbualan dari hati ke hati bersama ibunya, dia ditawarkan berlakon dalam sitkom tersebut. “Sebagai tanda terima kasih, saya berikannya kasih sayang yang tidak terhingga banyaknya, dan 10 peratus,” selorohnya dalam The Late Show With Stephen Colbert pada 2018.

Foto: Christopher Smith/Invision/AP/Shutterstock
Mark Ruffalo
Bintang Avengers: Endgame ini mengakui pernah hilang rasa cinta terhadap bidang lakonan pada 2009, dan hampir bersara. “Saya sudah muak dengan Los Angeles. Saya muak dengan bisnes yang wujud dalam dunia seni. Anda seorang artis, kemudian tiba-tiba anda menjadi produk pada masa yang sama, dan ada syarikat-syarikat yang muncul di sekeliling anda,” katanya kepada Details pada 2011. “Saya tertekan. Saya hilang rasa cinta, jadi saya nekad, ‘Cukuplah sampai sini sahaja.’” Ruffalo menambah, “Saya memecat semua orang dan bawa keluarga berpindah ke Callicoon, New York. Saya terpaksa membuat perubahan radikal. Filem saya, The Kids Are All Right adalah filem terakhir saya. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas itu.”

Foto: Scott Gries/Invision/AP/Shutterstock
Foto: Mark Veltman for The New York Times
Pautan berkaitan: BERKELAKUAN BURUK, SHIA LABEOUF DISINGKIR DARIPADA PROJEK FILEM TERBARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ
Dikenali kerana bakat lakonan yang luar biasa, Datuk Aaron Aziz keperibadian yang memikat, serta keupayaan menghidupkan watak penuh jiwa.
FATTAH AMIN: MENJIWAI WATAK DALAM “BIDAAH”
Bidaah bukan sekadar drama, tetapi sebuah pengalaman emosi yang mendalam dan Fattah Amin adalah bintang yang menerangi kisah ini.
MEERQEEN: BINTANG MUDA MALAYSIA YANG MENAWAN
Dalam landskap hiburan Malaysia yang dipenuhi dengan bakat luar biasa, Meerqeen muncul sebagai pelakon muda paling bersinar dalam industri.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
FATTAH AMIN: RAMADAN, FASA BARU SEBAGAI SEORANG BUJANG
Ramadan kali ini membawa makna yang berbeza buat Fattah Amin. Tahun-tahun lalu, dia menunaikannya sebagai seorang suami, berbeza tahun ini.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.