5 PENYANYI LELAKI BAHARU YANG PATUT DIBERI PERHATIAN
Industri muzik Malaysia kini sedang menyaksikan perkembangan generasi baharu penyanyi lelaki yang berbakat dan penuh identiti. Mereka bukan sekadar memiliki vokal yang hebat, tetapi juga kemampuan untuk mencipta ‘originality’ yang mencerminkan semangat serta realiti anak muda masa kini. Antara nama yang semakin mencuri perhatian termasuk Ariel Fesol (Alpha), Daniel Syer (Alpha), Najmi Niery, Daniesh Suffian, dan rapper, Killa Driz.
Ariel Fesol (ALPHA)
Ariel Fesol, salah seorang anggota kumpulan M-pop ALPHA, tampil sebagai penyanyi yang memadukan vokal penuh perasaan dengan gaya persembahan matang. Dengan pengaruh R&B dan pop kontemporari, Ariel dikenali melalui lagu-lagunya yang beremosi dan mudah dihayati. GLAM Lelaki meletakkannya antara bakat muda yang semakin menyerlah dalam industri muzik baharu Malaysia.
Daniel Sher (ALPHA)
Turut mendapat perhatian ialah Daniel Sher (ALPHA). Daniel cukup menonjol dengan suara unik dan kehadiran karismatik sewaktu melakukan persembahan. Sebagai sebahagian daripada kumpulan Alpha, Daniel mempersembahkan muzik yang menggabungkan elemen eksperimental dengan sentuhan pop alternatif. Selain itu, penampilan Daniel juga menambah karakternya sebagai penghibur.
Najmi Niery
Najmi Niery pula membawa nuansa lembut dan romantis dalam setiap persembahan. Dengan suara yang tenang dan gaya soul-pop yang jujur, Najmi berjaya membina hubungan emosi dengan pendengar melalui lirik yang puitis dan mudah difahami. Najmi memikat pendengar dengan beberapa lagu keluarannya, seperti Memori Singkat. Terbaharu, single Asing telah dilancarkan. GLAM Lelaki pernah bertemu dan menampilkan Najmi dalam ruangan “Faces of 2024: Music Editition” dalam edisi Mac 2025.
Daniesh Suffian
Sementara itu, Daniesh Suffian menonjol dengan tenaga dan keaslian dalam setiap persembahan. Gaya pop-R&B yang dibawanya menampilkan sisi moden serta versatil, memperlihatkan potensi besar untuk berkembang sebagai penyanyi generasi baharu. Daniesh bukanlah penyanyi yang terlalu baharu, namun boleh dikira sebagai penyanyi generasi baharu. Daniesh ada melancarkan lagu baharu bertajuk Akhirnya Kamu bersama Bella Astillah.
Killa Driz
Tidak ketinggalan, Killa Driz membawa kelainan dengan muzik hip hop dan trap yang segar dan berani. Liriknya yang jujur serta gaya penyampaian yang yakin menjadikan namanya semakin dikenali di kalangan pendengar muda. Namanya terus meningkat apabila berkolaborasi bersama Joe Flizzow dan SonaOne menerusi single Last Time. Killa meneruskan karya seninya melalui lagu Sepanjang Malam.
Artikel berkaitan: KILLA DRIZ, PENYANYI RAP GENERASI BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026
Menjelang 2026, lima bakat baharu ini dijangka mencipta impak lebih besar melalui lakonan, muzik dan personaliti mereka.
KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025
6 selebriti lelaki paling menyerlah 2025 yang wajib diketahui! Dari Hun Haqeem hingga Fattah Amin, lihat bakat, karisma & gaya mereka.
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI
GLAM Lelaki menampilkan Mierul, Sky, Salman, Fazziq dan Ismail Izzani sebagai The Hypemakers buat wajah hadapan November 2025.
RECAP GL THE MAN AWARDS 2025: 10 BEST LOOK PILIHAN GLAM LELAKI
GLAM Lelaki memilih 10 best look yang menjadi pilihan kami pada hari acara GL The Man Awards 2025, bertemakan black & sleek.
10 LAGU TERBAIK SYAMEL & ERNIE ZAKRI MENURUT GLAM LELAKI
GLAM Lelaki senaraikan 10 lagu terbaik hasil nyanyian Syamel & Ernie Zakri, sama ada secara solo atau duet, yang wajib didengari.
UNDI SEKARANG! SIAPAKAH 10 NOMINEE GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE?
Untuk GL The Man Awards 2025, penerima Style's Choice bakal dipilih oleh pembaca GLAM Lelaki melalui undian, kenali 10 nominee ini!











