Skip to content

5 SELEBRITI BERTEMU JODOH PADA USIA 40-AN

5 SELEBRITI BERTEMU JODOH PADA USIA 40-AN

Kongsikan artikel ini

Kebanyakan bintang Hollywood mengambil masa berpuluh tahun untuk menemui jodoh yang tepat, antaranya bintang realiti Kourtney Kardashian.

Selepas sembilan tahun bercinta dengan Scott Disick dan menjalin perhubungan singkat dengan Younes Bendjima, Kourtney akhirnya bertemu jodoh dengan ‘Mr Right’ yang juga dari kalangan selebriti - Travis Barker dan menamatkan zaman bujang pada usia 43 tahun. Pasangan itu menjalin persahabatan selama bertahun-tahun dan tinggal di kawasan kejiranan sama sebelum cinta mereka berputik pada Januari 2021.

Foto: Instagram

Hanya selepas sembilan bulan bergelar pasangan kekasih, Travis melamar Kourtney di pantai Montecito, California pada 17 Oktober 2021 dengan sebentuk cincin berlian potongan oval. Mereka akhirnya disatukan dalam satu majlis perkahwinan intim namun mewah yang berlangsung di kediaman Dolce & Gabbana di Portofino, Itali pada 22 Mei 2022. Namun Kourtney bukan satu-satunya selebriti yang menunggu sehingga usia 40-an untuk berumah tangga.

GL bariskan empat lagi selebriti yang bergelar isteri buat kali pertama pada usia empat dekad.

4 of 4

Amy Adams

Amy dan Darren Le Gallo bertemu di kelas lakonan pada 2001 dan mula berjanji temu setahun kemudian. Selepas enam tahun bercinta, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 2008. Mereka menyambut kelahiran anak perempuan, Aviana pada 2010 dan berkahwin dalam satu majlis intim pada 2015 ketika Amy berusia 40 tahun.

Foto: Getty Images

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: SELEBRITI HOLLYWOOD YANG BERTEMU JODOH MENERUSI KENALAN

4 of 4

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

Bacaan Lanjut
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

Bacaan Lanjut

COACH RUJUK STAIL KEINDIVIDUAN LIL NAS X

Bacaan Lanjut
3 KOLEKSI BARU KHAS ‘SUMMER FASHION’ MESTI TAHU

3 KOLEKSI FESYEN BARU KHAS ‘SUMMER FASHION’ MESTI TAHU

Bacaan Lanjut